“Aku Ingat Dia Marah, Rupanya Memang Cara Orang Utara” Gadis Ini Kongsi Pengalaman ‘Sweet’ Bersuamikan Orang UTARA !!!

loading...
“Aku Ingat Dia Marah, Rupanya Memang Cara Orang Utara” Gadis Ini Kongsi Pengalaman ‘Sweet’ Bersuamikan Orang UTARA !!! | Didalam akhbar baru-baru ini viral yang mengatakan perempuan utara menjadi pilihan lelaki kerana beberapa faktor. Dah nama pun jodoh tidak kira negeri mana pun pasti akan bersatu…. Kalau dapat jodoh orang Kuala Lumpur Atau Selangor tu dah biasa dengan percakapan mereka.. Kalau dapat orang Kelantan Kedah mau kita ni hanya mengaku je apa yang mereka bualkan.
Si Gadis ini berkongsi betapa bahagia dan manisnya bersuamikan orang utara yang pada mulanya dia anggap segala percakapan dari suaminya adalah MARAH. Jom Baca Kisahnya…. :
Lelaki utara atau orang utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya.
Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, setiap malam aku lari menangis belakang tong gas.
“Kenapa marah saya?”
“Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagu ni dari kecik lagi”
“Tipu! Tak percaya! Bye” – lari merajuk belakang tong gas.
Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
“Awat diam?”
“Entah. Saya rasa seperti dimarahi”
“Laaaa. Mana duk ada. Oghang dak maghah, habaq maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok tv”
Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?
Bila dia panggil aku macam ni – “Aten mai sini sat”. Aku terus ketakutan seolah-olah aku ada buat kesalahan paling-paling-paling besaqqqqqq!
Aku cuba lepak dengan member-member dia yang kebanyakan budak utara. Tudiaaa buat ramai sungguh noh. Sora depa je duk bunyi satu kedai. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan terkeluar tiap kali melawak. Haha. Tapi sumpah lawak. Aku selalu gelak sambil kesat airmata bercucuran. Entah la.
Depa punya melawak aku rasa nak bangun berdiri atas kerusi sambil tepuk tangan dan cakap Ya Allah hampa ni lawak sungguh noh. Haha.
Bila dah bertahun-tahun tinggal sebumbung dengan orang utara ni, aku jadi mudah sunyi bila dia takde kat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.
Dia pernah cakap;
“Aten, perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara percakapan awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awak kena fahamlah budaya kami. Kami tak marah. Kami sedang bercakap”
Dan sekarang, aku pun dah terer cakap utara ok!
Aku akui, orang utara ni nampak ja kasar tapi depa sangat baik hati, peramah, lawak giler dan yang paling aku perasan; yang perempuan rajin mengemas & memasak, yang lelaki rajin bekerja.
Tapi percayalah, segarang mana pun depa, aku sayang depa lagi-lagi Amer. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa lelaki yang bermuka cengey, bersuara deqaih. Hidup aku jadi sunyi.
Sumber : Facebook Cik Atenn Azlan.
loading...

0 Response to "“Aku Ingat Dia Marah, Rupanya Memang Cara Orang Utara” Gadis Ini Kongsi Pengalaman ‘Sweet’ Bersuamikan Orang UTARA !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close