Pegang tangan, rangkul pinggang tanda Ruhainies selesa - Adnan ...

loading...

Datuk Seri Adnan Abu suami Adira. (kiri) dan Ruhainies.
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, mengaku keluar bersama aktres muda, Ruhainies, dan intim seperti dipaparkan dalam video yang tersebar di laman sosial, semalam.

Adnan berkata, walaupun sedar risiko bakal dihadapi, namun beliau cukup senang dengan kehadiran Ruhainies, malah sedia menjadikan aktres itu sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh bersama.

"Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti 'automatik' pula.

"Ini namanya saya sendiri yang mencari 'bala'. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula," katanya kepada BH Online.

Adnan berkata demikian bagi mengulas video yang disebarkan di laman sosial membabitkan beliau dan Ruhainies.


KELIBAT Datuk Seri Adnan Abu dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah semalam. - Foto Mstar
Menerusi video berkenaan, mereka kelihatan mesra ketika berjalan berdua di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, Pavilion. 

Dalam rakaman berkenaan, Adnan turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di luar premis itu.

Ditanya adakah Adira dan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red menyedari mengenai perkara itu, kata Adnan, hanya isteri pertamanya yang belum mengetahuinya.

"Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok.

"Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya," ujar Adnan.

Sementara itu, Ruhainies menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau diperangkap oleh Adnan dan video yang disebarkan itu dianggap sebagai taktik lelaki terbabit mengenakannya.

Terdahulu, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video promosi raya untuk syarikat beliau.

Adnan yang juga ahli perniagaan menjadikan penyanyi itu sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Isu Adnan dan Adira berkahwin turut mendapat kejutan ramai kerana ia dilangsungkan secara rahsia dan agak tergesa-gesa. BH
loading...

0 Response to "Pegang tangan, rangkul pinggang tanda Ruhainies selesa - Adnan ... "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close