loading...
Pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa kepada anaknya tak ternilai, seorang anak belum tentu dapat membalas jasa ibu bapa dorang.. Itu sebab selagi mak bapak korang hidup, layan dan hormatlah dorang dengan sebaik mungkin yer.. Tanpa dorang, tak adanya kita kat dunia ni!
Sepasang suami isteri di Wuhan, China, sanggup tinggal di dalam tandas selama 10 tahun bagi memastikan dua anak dorang dapat belajar di universiti terkemuka.. Sedihnya Miss dengar, sampai macam tu sekali pengorbanan suami isteri ni terhadap anak dorang..
Bukan setakat tu jer, si isteri yang dikenali sebagai Wang Xiumei yang berasal dari daerah Xinzhou, Wuhan tu dikatakan pernah melakukan lima kerja sampingan sehingga anaknya terpaksa memujuknya mengurangkan kepada dua jer..
Dia dan suaminya terpaksa tinggal di dalam tandas sempit dengan keluasan 9.3 meter persegi di sebuah universiti dengan pendapatan bulanan 520 yuan (RM312).. Xiumei terpaksa bekerja sendirian kerana kesihatan suaminya tidak baik akibat menghidap asma dan bronkitis kronik.
Kehidupan dorang memang sangat sederhana kerana perlu menyara kos perubatan suami dan yuran anak sulungnya sebanyak 200 yuan (RM120) satu semester.. Walaupun terpaksa bersusah-payah, kini dia mampu tersenyum bila kedua-dua anak lelakinya berjaya memasuki universiti berprestij..
Korang lihat lah, dorang sanggup bersusah payah semata-mata untuk melihat anak dorang mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadi orang berguna.. Miss harap kedua-dua anak lelaki tu, lepas dah berjaya nanti janganlah dilupakan jasa mak ayah dorang pulak yer!!
loading...
0 Response to "Ibu Ayah Sanggup Tinggal Dalam Tandas Selama 10 Tahun Untuk Anak"
Post a Comment