Wanita ‘Diserang’ 20,000 Ekor Lebah Gara-gara Seekor Ratu Lebah

loading...

Gara-gara seekor ratu lebah ‘bersembunyi’ dalam bonet kereta, berpuluh ribuan lebah mengejar kereta jenis Mitsubishi Outlander yang dipandu seorang wanita selama dua hari.. Maybe ini insiden yang paling ngeri dan gila lah, kena sengat dengan lebah tu naya jer! Huhhuu..

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Carol Howart, 65 dikatakan menyedari kehadiran lebah tu semua selepas parking keretanya untuk membelah belah di kawasan Haverfordwest, Pembrokeshire..

Kemunculan ribuan lebah tu juga mencetuskan huru-hara hingga terpaksa memanggil beberapa orang penternak lebah dan beberapa renjer taman untuk menyelesaikan masalah itu..

Pada mulanya, dorang berjaya menjinakkan ribuan lebah tu dengan ‘membantu’ memasukkan ratu lebah ke dalam sebuah kotak kadbod, tapi akibat angin yang kuat menyebabkan kotak tu terjatuh dan ratu lebah tu kembali menyelinap di bonet kereta itu..

Seorang penjinak lebah yang dikenali sebagai Roger Burns, mengatakan ada benda yang manis membuatkan ratu tu tertarik kembali untuk masuk ke dalam kereta tu.. Masa nak menjinakkan kira-kira 20,000 lebah tu masuk ke dalam kotak tersebut, dia disengat lebih 15 hingga 20 kali..

Namun, tak dapat dipastikan sama ada lebah itu kini telah pergi ataupun tidak.. Susah juga kalau jadi macam tu noh! Gara-gara ratu jer, ribuan pulak yang datang.. Huhhuu..
loading...

0 Response to "Wanita ‘Diserang’ 20,000 Ekor Lebah Gara-gara Seekor Ratu Lebah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close