Ayah Kahwin Di Thailand..Ini Anak Lelaki Buat Pada Ibu Kandung Sangat KEJAM !!!

loading...
Ayah Kahwin Di Thailand..Ini Anak Lelaki Buat Pada Ibu Kandung Sangat KEJAM !!! |Ini ringkasan cerita. Si ibu adalah isteri pertama. Si ayah kawen dgn isteri ke2 secara senyap di thailand. Si madu ini kawan dan jiran kepada si ibu. Kawan makan kawan. Tiada anak. Hubungan sesama madu agak dingin. Si ibu mempunyai sorang anak lelaki dan yg selebihnya perempuan. Semua sudah berumahtangga. Hubungan anak dan isteri ke 2 tidak baik.
Capture
Begini ceritanya, si anak lelaki mulanya mmg benci pd ibu tiri itu. Si isterinya pula baru bekerja dan bekerja di tempat yg sama dgn isteri ke 2 si ayah. Entah mcm mana hubungan mereka berdua baik . Anak menantu dan mertua tiri. Baik sehingga membelakangkan si ibu mertua sendiri. Walaupun anak lelakinya masih membenci si isteri ke 2. Dia hanya berdiam diri dgn perbuatan isterinya.
Sejak mereka jadi kawan sekerja. Hubungan si isteri dgn ibu mertuanya agak renggang. Selalu sindir keluarga mertuanya di fb. Bila si ibu buat kenduri atau majlis si anak lelaki dan isterinya akan dtg pd penghujung majlis sahaja. Langsung tidak menolong. Si anak lelaki berdiam diri saja dan hanya ikutkan cara si isteri.
Bila si ibu nasihat si anak lelaki dan dia sampaikan kpd isterinya. Dia tak puashati dan update mcm2 di fb.. Bkn nasihat apa pun cuma suruh ringan2kan tulang tolong waktu kenduri campur adik beradik makcik2, sbb si isteri x suka bergaul dgn saudara. Si anak lelaki mcm biasa membatukan diri isterinya saja betul. So sebagai membalas dendam si isteri ni suka update dkt fb tunjuk yg dia pergi jalan n makan2 dgn bini ke 2 si ayah. Supaya si ibu sakit hati. Yes mmg x salah. Macam mana la x terguris hati ibu bila mana anak lelaki nya dan isterinya bersuka ria, pergi holiday bersama bini ke dua si ayah. Snap gambar upload dkt fb. Senang kata si isteri ni lebih rapat dgn mertua tiri berbanding mertua sebenar.
 Langsung tak jaga sensitivity. Si ayah mmg suka la bila ada anak yg berbaik dgn bini ke 2 nya. Bini ke 2 si ayah mmg kaki jalan. Maklum la org muda lg x de anak xde tanggungan. Walaupun si anak lelaki td x suka dgn bini ke 2 ayah tp di sebabkan disogok semua perbelanjaan di tanggung kalau berjalan dgn dia, maka dia pun ambil kesempatan juga. Tanpa menghiraukan perasaan ibu sendiri. Berjalan, pergi makan, shopping, holiday bersama keluarga si ayah dan bini ke 2 sahaja. Dan mcm biasa heboh la di dlm fb dia. Bila si ibu gundah gulana dan bersendirian si ibu akan ke rumah anak2 perempuan sepanjang ketiadaan si ayah.
Sehingga sekarang ini sudah dkt 2tahun si anak lelaki tidak pernah jejak lg ke rumah si ibu kandung walaupun hari raya. Apatah lg minta ampun. Walaupun rumah mereka hanya selang beberapa rumah. Sehingga si isteri sudah pun bersalin. Tp anaknya tidak kenal dgn nenek sebenar. Dia cuma rapat dgn si ayah dan bini ke 2 nya sbb suka dgn gaya hidup ala2 mewah. Bila si ibu minta tlg hantarkan atau minta tlg belikan brg di balasnya dgn nada tinggi. Sibuk lah ada hal lah. Ada saja dibentak nya. Tidak boleh minta tlg langsung. Seperti mengemis dgn anak sendiri. Bukan minta wang ringgit cuma minta ruang waktu sedikit. Sedihnya hati si ibu di buat begitu. Sampaikan kadang kala si ibu terserempak dgn si anak lelakinya sedang berbelanja dgn ibu mertuanya(besan) utk membeli brg dapur. Banyak pula masanya. Bila si ibu ke rumah anak lelakinya tidak dilayan pula. Padahal bunyi tv dan suara anaknya sedang bermain2. Salam diberi banyak kali tp tiada balasan. Bukan pertama kali terjadi. Pulang la si ibu dgn hati yg hampa.
Hati si ibu ini betul2 terguris.. Ialah masa si anak lelaki hendak kawen dlu si ibu la yg bersusah payah siapkan semuanya nya. Topup duit hantaran. Beri rumah sewa milik si ibu ni utk anak lelakinya duduk lps kawen sehingga skrg ini. Tetapi ini balasan yg si ibu dpt dr anak lelakinya. Lupakah dia akan semua itu? Bila si ibu mengadu dgn si ayah. Si ayah backup si anak lelakinya. Si ayah ni tak payah cerita lah mmg segalanya akan lebihkan bini barunya. Mcm di bomoh pula. Sbb selalu masam dan naik hangin bila ada di rumah si ibu. Macam kepanasan tak senang duduk.
Hendak buang/halau anak lelaki tidak elok pula sbb cuma satu2nya anak lelaki yg ada. Hendak mendoakan mereka bercerai juga tidak elok. Tetapi setiap kali si ibu nampak kelibat si anak lelaki lalu depan rumah dgn automatik si ibu akan berkata “Anak tak kenang budi, tidak akan senang hidup kau selagi kau buat ibu sendiri mcm ni dan aku harap kau juga akan berkahwin dua”. Salah kah si ibu mendoakan anaknya sebegitu? Terlalu kejam kah? Sehingga skrg ini hubungan mereka masih keroh.-KRT
loading...

0 Response to "Ayah Kahwin Di Thailand..Ini Anak Lelaki Buat Pada Ibu Kandung Sangat KEJAM !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close