Abang Long PEMALAS. Apa Dia Buat Kat Pak Mak Buat Kami Semua Beradik Sangat MELUAT !!

loading...
Abang Long PEMALAS. Apa Dia Buat Kat Pak Mak Buat Kami Semua Beradik Sangat MELUAT !!! | Aku anak no 2 dari 5 beradik lelaki. Kami hidup bahagia & gembira sbb kami semua lelaki, buat semua benda bersama dan umur pon tak jauh beza. Mak pak aku kerja biasa-biasa, kerja kampung & kerja kilang. Tapi aku bangga dengan mak pak aku sbb kami 5 beradik semua masuk U, walaupon pak aku sekolah darjah 3 je.
1
Masalah bermula bila abg aku kena rest at home satu sem sbb pointer dia rendah, kiranya tak boleh nak move lagi la untuk course dia. Dia kena sambung untuk course yg lain. Bila dia stat semula, ptptn dah tak sambung pinjaman, jadinya mak aku guna duit kwsp dia untuk bayar yuran abg aku ni. Tiap-tiap bulan pak aku akan masukkan 400 utk duit saku dia dannnnn tiap-tiap bulan juga dia akan msg mintak duit aku. Waktu ni aku tak lah susah duit, sbb aku buat bisnes sikit kat kolej, jadi dalam hemat aku tak salah nak tolong dia.
Sem berikutnya, waktu ni pak aku keluarkan kwsp dia (yg dia kerja kilang dulu, lepas kilang tutup pak kerja kampung) dia pun mintak mak aku belikan dia komputer untuk esgmen & so on. Mak pak aku bagi dia 1500 sbb dia kata cukup byk tu, rasanya tahun 2009. Aku pon bukan tahu sangat pasal komputer dan harganya waktu ni. Pak aku guna duit kwsp dia untuk buat rumah, tambah bilik, anak makin besar kan.
Tiba-tiba satu hari tu mak pak aku call, bagitahu abg aku balik bawak semua barang dia. Aku dah mula rasa lain pada dia waktu ni. Rupanya daripada kena buang mula-mula dulu, dia tak sambung pun untuk course yg berikutnya. Dia kata dia kerja kilang kat kawasan kolej dia. Boleh tak kalian rasa apa mak pak aku rasa. Dia anak sulung kot, tu lah harapan mak pak aku untuk ubah kehidupan kami. Dia cakap nak kerja kat kawasan rumah. Duit yg kami hantaq selama ni dia joli sakan la kan. Hang toksah la nak putar belit cita.
Janji dia nak kerja tu macam anginnnnnnn. 6tahun mereput duduk rumah, makan tido. Mak pak aku kerja untuk dia. Tapi mak aku memang kental, dia pertahan habis abg aku ni. Pantang ada yg tegur, dia back up, kami adik beradik ni dah malas dah. Duit pak aku habis semua dia kebas, pantang leka, last-last duit syiling pon habis. Pak aku ni keje kampung, bila org bayar dia ada duit la kan. Duit tu dia akan masuk dlm tabung, tabung buat sendiri dari tin & dah rebet tepi tin tu. Tak boleh bukak melainkan kena tebuk. Dah lama pak aku guna cara ni, tabung tu bukak kalau nak hantar kami pergi U, kalau nak raya, kalau nak bayar duit sekolah adik-adik aku. Apa perasaan kau, bila bukak tinggal duit syiling dalam tu?? Jawab sendiri la. Pak aku syak dia, mak aku pertahan dia. Kami, dok diam je lah, sbb mak aku mmg tak boleh dilawan, kepala batu dia lain macam. Aku rasa, dia adalah punca mak pak aku stat kelahi. Sebelum tu ok je.
Bila aku mula kerja belanja dapur memang aku yang tanggung. Sian mak pak aku, umo dah nak masuk 60, tapi masih kerja sana sini. Dia, megangkang, tidur berdengkur. Aku dapatlah kerja kerajaan, dgn gaji yg mak aku rasa cukup besar dah tu, sbb gaji mak tak cecah seribu sebulan. Mak aku mula bersandar pada aku nak itu nak ini, aku tak kesah pon, sbb memang tu tanggungjawab aku kan. Mak aku beli keta atas nama mak tp dipunyai sepenuhnya oleh abg, aku buat tak tahu je lah, asal mak bahagia. Aku pun ada kereta sendiri yg aku beli sendiri. Hari ni adik aku no 3 tu dah kerja dah pun. Dia pun jadi mcm aku, nak bagi kehidupan yang lebih baik untuk mak pak kami.
Aku ingat cerita tu habis kat situ je, tapi dia tiba-tiba nak kawin. Pening la aku dgn adik-adik dengar cerita sbb kami tak duduk dgn mak. Hantaran 20k. Mana dia nak cari?? Bakal kak ipaq aku ni tak tahu ke dia ni macam mana. Tapi abg ni jenis cakap dia saja betul. Aku selalu ingatkan dalam hati aku, tin kosong bunyi memang kuat hahahaha. Abg bagitahu mak, mak tak payah campur urusan dia, duit dia ada, pung pang pung pang semua dah ready, keluarga cuma datang untuk majlis je. Aku tahu mak aku kecik hati, tapi dia simpan je. Aku dgn adik aku pun buat tak tahu je lah.
Sampailah satu hari, seminggu sebelum majlis….. Dia muncul depan rumah aku. Dia nak buat loan atas nama aku sbb aku keje gov. Loan tak banyak dia cakap 35k. Baki dia nak buat modal untuk niaga. Kepala hotak dia. Waktu ni aku memang dah angin satu badan. Macam-macam bahasa aku keluarkan sbb dia yg selama ni berlagak sungguh. Dia ckp kalau aku tak tolong dia nak pinjam a*long. Tu namanya akan jadi masalah kat mak pak aku jugak. Akhirnya aku buat jugak loan atas nama aku. T_T Dia janji nak bayar lps dapat untung niaga dia. Berniaga produk kecantikan dgn bakal kak ipaq.
Majlis kawin mmg grand. Hantaran dia terbeliak bijik mata aku. Aku harap bakal aku tak mintak macam tu. Duit habis, hutang keliling. Harapan untuk tengok dia berubah macam angin lalu. Dia baru kawin setahun, setakat ni dia masih bayar loan kawin dia setiap bulan, tu pon aku kena paksa & ugut untuk bagitahu kak ipaq aku. Mak aku puji dia depan semua mak cik aku yg dulu pakat kutuk abg aku. Walaupun dia tak keja tapi boleh bagi hantaran byk. Aku biarkan je lah mak aku tu, tak pe, janji dia gembira. Tapi abg aku tak berubah pon. Walaupun dah duduk rumah sewa, balik rumah mak pak aku mintak duit. Dia nasihat adik aku, nak kawin, kena prepare duit. Hahahaha. Semua orang pun tahu hal tu. Kau je yg jadi biawak hidup tak tahu apa benda.
Aku tulis semua ni kat sini sebab, aku tak pernah pon cerita hal pinjaman tu pada siapa-siapa dan aku rasa terbeban. Lps tu, aku rasa sebagai mak pak, kita kena tegas sikit pada anak. Manjakan boleh, tapi jangan lebih-lebih. Tak tahulah kehidupan aku yang akan datang ni. Tq sebab nak publish – anakmakpak via IIUM.
loading...

0 Response to "Abang Long PEMALAS. Apa Dia Buat Kat Pak Mak Buat Kami Semua Beradik Sangat MELUAT !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close