Wednesday, 20 July 2016

Takut Rahsia ‘Kakak’ TERBONGKAR..Respon ‘Mak Ayah’ Buat Gadis Ini TERKEDU !!!

Tags

Takut Rahsia ‘Kakak’ TERBONGKAR..Respon ‘Mak Ayah’ Buat Gadis Ini TERKEDU !!! First of all, aku ni perempuan and aku ni baru sahaja menjejak kaki ke alam universiti. Okey meh aku start cerita aku.
Capture
Daripada aku kecik, aku ada apa yang semua orang ada. Ada mak ayah abang kakak. Well, at least I think I did. Semua nampak normal bagi aku. Tapi bila suatu hari nak daftar untuk UPSR, tu first time hidup aku pening kepala. Sebab tu adalah first time aku nampak surat beranak aku. Macam confessor yang sebelum ni jugak, aku pelik kenapa kat bahagian bapa aku tertulis tiada maklumat. Tapi, korang bayangkan budak umur 12, otak innocent lagi kan.
Aku pergi tanya mak aku pasal benda ni. Dia dah start nangis cakap dia sayang aku apa. Kes aku ni lain sikit tau. Mak ayah aku selama 12 tahun aku hidup tu adalah nenek dan atuk aku. Haa tu dia. Dan mak kandung aku tu adalah kakak aku sendiri. Sebab tu dalam surat berank aku, nama kat maklumat ibu tu nama kakak aku. Ya, nenek dan atuk aku yang jaga aku sejak lahir, anggap aku ni macam anak sendiri.
Korang bayangkanlah, selama aku hidup berapa tahun tu apa respons aku pasal benda ni. Tapi siyes, masa tu aku tak kisah lagi yang aku ni anak luar nikah. Sebab bukan salah aku pun kan? Bukan aku boleh guna time machine ke amende ke untuk mengelakkan benda ni.
Mak aku (nenek aku, aku takkan tukar gelaran sebab diorang taknak aku panggil benda lain) suruh aku simpan sungguh sungguh benda ni. Aku turut arahan dia.
Naik sekolah menengah, nak dekat habis form 4, form 5, aku jadi makin curious. Aku memang tak ada satu clue pun pasal ayah aku. Aku asyik nangis kat kawan aku sebab orang lain pernah rasa ada kasih seorang ayah sedangkan aku takde ayah. Tapi bila aku fikir balik, atuk aku tu dah jadi ayah yang terbaik dah buat aku.
Tapi aku still lagi curious. Yela, mesti kau curious kan muka ayah kau macam mana, perangai di macam mana, kau ni banyak ikut dia ke tak. Aq dah tanya mak aku tapi dia taknak cerita dekat aku sebab peristiwa tu ibarat peristiwa hitam bagi dia sebab kakak aku tu dianiaya oleh ayah kandung aku. Jangan tanya aku detail pasal history ni sebab aku pun tak tahu.
Memang orang last yang aku boleh tanya ialah kakak aku. Tapi tu bukan senang. Aku tak berani. Lagipun kakak aku tu orang nya lain daripada lain. Nak aku cerita nanti panjang pulak. Aku let this slide okay.
So, inilah cerita aku. Aku baru je masuk ke alam universiti dan fasa mencari jodoh tu tak sampai lagi dekat aku. Tapi aku pun set mind macam confessor tu jugak, memang nak jauhkan diri dari lelaki sebab lelaki mana yang boleh terima aku ni? Dahlaa time aku nikah aku akan guna wali hakim. Tak campur lagi dengan family bakal suami aku, terima ke tak aku ni.
Kalau korang ade nasihat, bagi jelah eh. Aku kadang kadang kalau memang datang emo memang duk persoal kenapa aku kenapa aku. Kenapa aku dilahirkan macam ni.
Haha, bunyi depressed lak aku ni. Okeylah, panjang sangat dah ni. Thank you sangat sangat sebab baca.


EmoticonEmoticon