Inilah Suspek Pembunuh Wanita Jutawan Di Taman OUG Yang Ditangkap Polis. Jangan TERKEJUT !!!

loading...
Inilah Suspek Pembunuh Wanita Jutawan Di Taman OUG Yang Ditangkap Polis. Jangan TERKEJUT !!! | Seorang ahli perniagaan seramik dan isterinya dipercayai menjadi dalang utama kes pembunuhan ejen hartanah yang ditembak mati di Taman OUG, pada 6 Julai lalu.
1
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, transaksi perniagaan seramik bernilai RM13 juta dikatakan menjadi motif utama pembunuhan wanita yang ditembak mati selepas makan tengah hari bersama keluarganya di sebuah restoran.
“Ahli perniagaan seramik itu dan isterinya dipercayai telah menipu ejen hartanah berkenaan yang telah membuat dua transaksi pembayaran berjumlah RM5 juta dan RM8 juta kepada mereka pada tahun lalu.
“Bagaimanapun setelah beberapa lama projek yang dijanjikan itu tidak menjadi, mangsa menyedari dia telah ditipu. Mangsa telah meminta suspek memulangkan wang pelaburannya namun suspek enggan berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Amar Singh berkata ejen hartanah berusia 32 tahun dikatakan mengupah penyiasat persendirian bagi mengesan lokasi suspek.
“Apabila mendapat tahu mangsa menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengesannya, ahli perniagaan itu telah bertindak mengupah beberapa individu dipercayai pembunuh upahan untuk membunuh mangsa,” katanya dan menambah ahli perniagaan itu membayar sebanyak RM60,000 untuk tujuan itu.
Ahli perniagaan seramik tersebut dan isterinya antara lapan individu yangditahan di sekitar ibu negara dan Perak pada Selasa lalu untuk membantu siasatan kes pembunuhan ejen hartanah berkenaan.
Turut dirampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kes tembakan yang turut menyebabkan seorang anak perempuan mangsa cedera parah.
Mengulas lanjut mengenai tangkapan dan rampasan pistol itu, Amar Singh berkata lapan suspek itu dipercayai perancang, pengupah dan penembak yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita yang berumur 26 hingga 56 tahun itu telah direman bermula semalam sehingga 25 Julai ini.
Selain pasangan ahli perniagaan itu yang merupakan perancang utama, sepasang suami isteri yang memiliki sebuah restoran di Perak juga ditahan kerana dipercayai menjadi orang tengah dalam kes terbabit.
“Rampasan melibatkan sepucuk pistol jenis Glock 19 dan satu kelopak peluru yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Chemor, Perak dipercayai digunakan untuk menembak mangsa,” katanya.
Hasil siasatan ke atas senjata api itu mendapati ia pernah digunakan dalam tiga kes tembak yang dilaporkan di Chemor dan Sungai Siput Utara, Perak pada tahun 2013 dan 2015.
Katanya, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan empat kes tembakan termasuk yang berlaku di Taman OUG.
Dalam perkembangan berkaitan, Amar Singh berkata, anak mangsa yang berusia lapan tahun yang turut terkena tembakan masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah menjalani dua pembedahan.
Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang
loading...

0 Response to "Inilah Suspek Pembunuh Wanita Jutawan Di Taman OUG Yang Ditangkap Polis. Jangan TERKEJUT !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close