Gorila Jantan Mati Ditembak Demi Selamatkan Seorang Budak

loading...



Demi menyelamatkan seorang budak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh di dalam kandang gorilla di zoo Cincinnati, Ohio, seekor gorila jantan berumur 17 tahun terpaksa ditembak.. Ni apa kes sampai jatuh dalam kandang tu, hah? Mak bapak budak tu cuai ke apa?

Budak lelaki tu dikatakan bertindak memanjat naik tembok panghalang tanpa tidak disedari oleh mak bapaknya, sebelum terjatuh ke dalam parit kandang gorila itu pada ketinggian 12 kaki.. Haishh! Nasib baiklah nyawa budak tu panjang!

Mana tidaknya.., selepas terjatuh dalam kandang tu, gorila yang diberi nama Harambe tu dah merapati mangsa dan bertindak dengan lebih ganas apabila membaling dan mengheret badan mangsa dengan ganas di sepanjang parit dalam kandangnya..

Hampir 10 minit jugalah mangsa bersama Harambe, sebelum pihak zoo membuat keputusan untuk menembaknya demi menyelamatkan nyawa mangsa.. Selepas Harambe mati ditembak, mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang agak serius selepas diheret Harambe..

Korang yang ada anak kecik macam tu, silalah pantau anak korang dengan baik sebelum kejadian tak diingini berlaku seperti mangsa di atas.. Korang leka jer, nyawa dorang pun boleh melayang.. 
loading...

0 Response to "Gorila Jantan Mati Ditembak Demi Selamatkan Seorang Budak"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close