Pisau tercacak di kepala budak 12 tahun selepas salah gurau

loading...

Mengerikan melihat pisau tu baik punya tertacak di kepala tu, hah! Itulah yang berlaku pada Seorang budak perempuan berusia 12 tahun di China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ditikam di kepala oleh rakan sekelasnya.. Ni apa yang berlaku sebenarnya yer??

Berdasarkan sumber, insiden tu berlaku selepas salah seorang daripada kawan mangsa berselisih faham dengan si pelaku yang merupakan budak lelaki berumur 13 tahun..

Kejadian tu berlaku di taman permainan,  mangsa dan kawannya yang lain dikatakan baru jer berpusing untuk beredar sebelum budak lelaki tu mengeluarkan pisau dan menikam mangsa.

Itu pasal pisau tu terbenam di belakang kepala baik punya! Disebabkan tikaman tu juga menyebabkan ‎doktor terpaksa membotakkan kepala mangsa sebelum mengeluarkan pisau sepanjang 15 sentimeter yang tertusuk di kepalanya..

Bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang menjalai proses pemulihan.. Difahamkan juga, polis dikatakan telah menjejak budak lelaki terbabit dan menahannya, tetapi tak dapat mengenakan sebarang dakwaan kerana si pelaku masih dibawah umur..

Keluarga budak lelaki tu dan mangsa juga dikatakan sudah bertemu dan berbincang, keluarga budak lelaki tu sedia menanggung kos perubatan dan ganti rugi yang disebabkan oleh kejadian tersebut.. Haishhh! Nasib baik lah mangsa tak mati kerana tikaman tu!
loading...

0 Response to "Pisau tercacak di kepala budak 12 tahun selepas salah gurau"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close