Mesin Layan Diri Untuk Menjual Buku Dilancarkan Di Singapura

loading...

Sebuah syarikat penerbitan indie di Singapura telah melancarkan mesin layan diri (vending machine) untuk menjual buku.

Mesin-mesin itu dipasang di tiga lokasi strategik di Singapura iaitu National Museum of Singapore, Singapore Visitor Centre dan Goodman Arts Centre.

Memetik laporan The Telegraph, mesin berkenaan bernilai hampir RM30,000 setiap satu dan sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan Singapura.

Setiap mesin boleh dimuatkan dengan 150 buku dan buku daripada penulis dan syarikat penerbitan tempatan menjadi keutamaan.

"Tidak ada kedai buku yang mencukupi di Singapura, jadi kami telah mengedarkan (buku kami) ke tempat-tempat lain seperti kedai runcit dan kedai pop-up. Anda mempunyai demografi yang berbeza di kawasan seperti ini.

"Mesin layan diri boleh menjadi perkenalan secara visual (kepada buku-buku yang ada). Anda tidak perlu membeli lagi tetapi kini anda akan tahu tentang kewujudan buku itu. Dan dari itu, apa sahaja boleh berlaku,” kata pemilik BooksActually Keny Leck.
loading...

0 Response to "Mesin Layan Diri Untuk Menjual Buku Dilancarkan Di Singapura"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close