ISTERI AKAL PANJANG SELALU BUAT LAGU TUU..!!! Viral surat mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma

loading...
Viral surat mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma
[​IMG]

Indie Sneakers menghadiahkan Nike kepada seorang wanita selepas menulis sepucuk surat memujuk suami meminta dibelikan sepasang kasut idaman. — Foto ihsan Facebook/Indie Sneakers
KUALA LUMPUR, 13 Jan — Selepas foto surat rasmi seorang wanita memohon suaminya membeli sepasang kasut viral di media sosial, pengusaha syarikat memutuskan untuk menghadiahkan kasut yang diidaminya dan sejumlah wang saguhati.
Kasut diberi secara percuma kerana surat yang dianggap lucu oleh netizen secara secara tidak langsung meningkatkan jualan produk, kata syarikat Indie Sneakers.
“Alhamdulillah sejak ‘Surat Permohonan Viral’ tersebar luas di Facebook dan Twitter petang semalam, sehingga kini dikongsi hampir 15,000 pengguna.
“Page kami seakan-akan dilanda tsunami dan bilangan tempahan yang diterima adalah sangat diluar jangkaan,” kata pengasasnya Amirul Haqim di Facebook rasmi.
Wanita dikenali Rozaina menulis surat pada suaminya pada 9 Januari lalu meminta suaminya membelikan kasut jenama Nike berharga RM179.
Surat tersebut dimuat naik di page Indie Sneakers di Facebook dan mendapat lebih 3,000 perkongsian. – MMO
[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]
_______
Indie Sneakers
Alhamdulillah sejak ‘Surat Permohonan Viral’ tersebar luas di Facebook dan Twitter petang semalam, sehingga kini di-share oleh hampir 16 ribu pengguna, page kami seakan-akan dilanda tsunami dan bilangan order yang diterima adalah sangat diluar jangkaan
.
Jadi kami di pihak Indie Sneakers ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Rozaina, individu yang bertanggungjawab menghasilkan sepucuk surat power yang mana surat ini secara tak langsung telah meng-introduce-kan perniagaan kami kepada rakyat Malaysia
.
Sebagai tanda penghargaan, kami telah bermesyuarat pagi tadi dan memutuskan untuk menghadiah sepasang kasut percuma kepada beliau dan sejumlah wang tunai yang akan di-transfer ke akaun beliau secara senyap-senyap
.
Kami harap pemberian kecil kami ini dapat menambahkan lagi keceriaan Puan Rozaina dan suami tersayang
.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih
[​IMG]

Comments

loading...

0 Response to "ISTERI AKAL PANJANG SELALU BUAT LAGU TUU..!!! Viral surat mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close