Lelaki Ini Dedahkan Tentang 10 Nikmat Berkahwin Dengan Gadis Morocco

loading...
Lelaki Ini Dedahkan Tentang 10 Nikmat Berkahwin Dengan Gadis Morocco
Perkahwinan campur sudah lama wujud sejak berabad-abad lamanya. Kahwin campur terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.
Mungkin ada di kalangan ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan kita yang berkahwin dengan warga asing. Kebiasaannya rakyat Malaysia yang berkahwin campur gemar memilih pasangan hidup dari negara Jepun, Arab, China, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Nigeria, Amerika, Jerman dan beberapa negara lagi.
Tetapi amat jarang kita mendengar rakyat Malaysia berkahwin dengan warga Morocco yang mana merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika Utara. Kenapa agaknya ya? 
Mungkin selepas ini rakyat Malaysia terutamanya kaum lelaki akan "berubah selera" selepas membaca pendedahan dari seorang Trader terkenal dari Malaysia yang di kenali sebagai Encik X. Mari kita baca apakah antara pengalaman menarik Encik X selepas berkahwin dengan gadis Morocco.
10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco
1. Isteri saya seorang gadis Moroko. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Malaysia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Moroko, gadis berkahwin pada usia 27 tahun di kira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.
2. Mereka bermazhab Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tengok saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.
3. Gadis Morocco boleh di katakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru.
4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia.
5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.
6. Untuk menjadi sebahagian daripada mereka, ibu bapa gadis tidak sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang mereka kenali.
7. Secara purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan mertua saya RM300 sebulan.
8. Saya tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali sahaja.
9. Di Morocco, ibadah korban umpama wajib. Mereka korbankan binatang seekor seorang. Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang berkorban secara individu seperti mereka.
10. Secara ringkas, saya boleh katakan gadis Morocco mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap suaminya. Hidup saya dengan gadis Morocco ini tidak menjadikan saya tertekan kerana kos hidup di sana juga tidak tinggi serta kehidupan mereka yang biasa hidup dalam keadaan sederhana.
Artikel ini mungkin mengundang ketidakpuasan hati di kalangan gadis tempatan selepas membacanya, namun janganlah ambil serius pula kerana ia hanyalah sekadar perkongsian pengalaman individu tersebut. 
Penulis percaya jika kita ingin senaraikan kenikmatan berkahwin dengan gadis tempatan, satu hari pun tak habis. Tak percaya? Lagu dibawah ini ada jawapannya, jom layan. - CARI
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

Apa Reaksi Anda...

loading...

0 Response to "Lelaki Ini Dedahkan Tentang 10 Nikmat Berkahwin Dengan Gadis Morocco "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close