loading...
Seorang isteri pasti tidak dapat melupakan permohonan maaf terakhir daripada suaminya menerusi telefon sebelum suaminya itu gagal dikesan selepas keluar mencandat sotong di kawasan perairan Kuala Kedah, Alor Setar hujung minggu lepas.
Hamidah Zakaria menyatakan dirinya telah cuba untuk menelefon suaminya sebelum itu selepas risau dengan keadaan cuaca pada saat itu.
Pada mulanya, suaminya tidak menjawab panggilannya dan Hamidah cuba menghubunginya semula sekitar pukul 3 pagi.
“Ketika itu suaminya hanya memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke darat untuk menemaninya yang sedang sarat mengandung.
“Abang minta maaf tak dapat balik sebab cuaca buruk, itu sahaja yang dikatakan oleh suami saya. Mungkin dia fikirkan saya sakit hendak bersalin, padahal saya hubunginya kerana risau keselamatannya.
“Saya ada menasihatinya agar meninggalkan botnya di laut dan menumpang bot besar yang lalu untuk pulang ke darat. Selepas itu, saya tidak lagi mendapat berita daripada suami sehingga sekarang,” katanya.
Tambahnya, suaminya aktif mencandat sotong sejak beberapa tahun yang lepas tetapi hanya turun mencandat pada waktu tertentu sahaja.
“Saya tak nafikan, cuaca agak buruk beberapa hari ini. Malam kejadian pun suami ada beritahu kalau cuaca elok baru dia akan turun mencandat,” katanya.
Hamidah yang juga baru melahirkan cahaya mata lelaki malam kelmarin berkata, dia mula berasa sakit hendak bersalin ketika berada di lokasi pencarian pada jam 8 malam.
“Selepas memberitahu kepada pegawai bomba, saya terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja pada jam 9.08 malam.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 15 Januari ini,” katanya yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 9.50 malam. Alhamdulillah, saya dan bayi sihat. Kami dibenarkan pulang ke rumah jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya.
Hamidah bersama dua anaknya iaitu Muhammad Shakir Hafuza dan Muhammad Saifullah Hafiz setia menunggu kepulangan suaminya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin menyatakan selepas hampir 24 jam operasi menyelamat dijalankan, anggota penyelamat berjaya menemui bot mangsa kira-kira dua batu nautika dari persisiran pantai Kuala Kedah.
“Bot berkenaan berjaya dikesan dalam keadaan tenggelam pada jam 10.45 pagi dan ditarik naik ke jeti pada jam 11 pagi.
“Bot berkenaan sah milik mangsa setelah dikenal pasti oleh ahli keluarga dan rakan- rakan mangsa. Berdasarkan penemuan bot berkenaan. Kita percaya, mangsa berada di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.
loading...
0 Response to "'Maafkan Abang Tak Dapat Balik'"
Post a Comment