loading...
Semalam kita diumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Rabu ni. Cepat je masa berlalu kan? Hari Raya merupakan hari kemenangan dan juga hari untuk berkumpul semula, bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bagi yang masih ada ibu bapa itu, bersyukur lah kerana kita masih diberi kesempatan untuk beraya dengan mereka.
Kali ni kami nak kongsikan kisah seorang penghuni di pusat jagaan rumah orang tua. Dia menunggu ketibaan anak-anaknya untuk bawa balik dan menyambut hari raya bersama. Tetapi.. Haihh kasihannya.
Menunggu kehadiran yang mungkin tidak akan tiba
(Sekadar gambar hiasan)
Setiap 15 orang penghuni di Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Seri Permai semuanya menanti ketibaan orang yang mereka kenali untuk menyambut Hari Raya bersama mereka. Ada antara mereka yang masih meletak harapan tinggi dan berharap moga-moga ada yang muncul untuk menjenguk mereka.
Salah seorang penghuni yang bernama Sulong Mohamad (86 tahun) yang sudah tinggal di rumah orang tua lebih kurang setahun setengah berkata sudah lama anaknya tidak datang untuk berjumpa dengannya.
Hari Raya dah macam hari biasa bagi saya sejak saya dihantar ke sini (Rumah orang tua). Apa salah saya sampai anak saya buat macam ni?Bila saya muda, saya bekerja keras untuk membesarkan anak-anak saya dan hantar mereka ke sekolah. Ini balasan yang saya dapat sekarang. Saya sangat kecewa.Saya tidak tahu sama ada saya boleh maafkan mereka atau tidak.
Sulong merupakan seorang duda, mengalami cacat penghilatan dan mempunyai 3 orang anak. Walaubagaimana pun, Sulong masih mengharapkan agar anak-anaknya datang dan menjenguknya.
Janji yang tak ditepati
(Sekadar gambar hiasan)
Lagi seorang penghuni yang bernama Razak Kecik (57 tahun) berkata bahawa dia di pusat jagaan orang tua kerana tiada siapa antara adik-beradiknya yang ambil berat tentang dirinya.
Anak saudaranya yang hantar Razak ke rumah orang tua.
Dia (anak saudara) berkata dia akan bawa saya pulang untuk sambutan Hari Raya tapi dia tidak lakukannya.
Berharap anak-anak datang ziarah
(Sekadar gambar hiasan)
Pengasas rumah orang tua, Zahari Mamat berharap supaya ahli keluarga dan saudara penghuni di sini, terutamanya anak-anak mereka akan datang ziarah pada Hari Raya.
Buatkan mereka gembira. Bagitahu dan hargai mereka sebelum terlambat.
Zahari yang telah kehilangan kedua orang tuanya berkata
Bila mereka (ibu ayah) masih hidup, saya jaga mereka dengan baik. Tetapi apa yang saya buat pasti tidak akan sama dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan saya.
Itu sebabnya kenapa saya bina rumah ini untuk orang-orang tua.
Sumber: The Star Online
loading...
0 Response to "‘Apa Salah Saya Sampai Anak Buat Macam Ni’- Bapa Yang Buta Sedih Anak Tak Ziarah Di Rumah Orang Tua"
Post a Comment