MUSTAHAK BACA BAGI YG TIADA MASA..!! Jangan Sesekali Panaskan Semula 5 Jenis Makanan Ini - Makanan & Resipi

loading...
Jangan Sesekali Panaskan Semula 5 Jenis Makanan Ini - Makanan & Resipi

Kita sering kali menghangatkan kembali makanan yang belum sempat dimakan atau yang masih belum habis dimakan.

Perbuatan itu adalah bagus kerana kita dapat mengelakkan dari sifat membazir. Namun perlu anda ketahui ada beberapa jenis makanan yang anda tidak harus dipanaskan berulang-ulang atas beberapa sebab.

Nak tahu apakah makanan itu, nah kami kongsikan dibawah ini untuk manfaat bersama.


#1- Kentang
Kentang merupakan sejenis makanan yang kaya dengan manfaat kerana mengandungi zat seperti fosfor, zat besi, karbohidrat, protein, lemak dan kalsium. Oleh itu, kentang tidak digalakkan untuk dipanaskan berulang-ulang kerana boleh menghilangkan gizinya dan kemungkinan akan menjadi makananan beracun (mendatangkan keracunan makanan).
#2- Ayam
Ayam yang sudah dimasak akan hilang protein jika anda panaskan berulang-ulang. Jika ingin memanaskan ayam yang sudah dimasak, disarankan gunakan api yang kecil dengan waktu singkat, janji sudah hangat sudah memadai.
#3- Telur
Telur yang masih ada kuning telur didalamnya sangat berisiko tinggi jika dipanaskan. Ini kerana telur tersebut akan berisiko beracun jika dipanaskan semula dengan suhu yang tinggi secara berulang-ulang. Akibatnya pemakan telur mungkin akan mengalami sakit perut dan cirit birit.
#4- Bayam
Sayur Bayam memang terkenal dengan manfaatnya yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat tinggi. Bayam sangat bagus untuk kesihatan tubuh dan kerana itu bayam tidak boleh dimasak berulang-ulang. Bayam mengandungi banyak nitrat (NO3) dan jika dipanaskan berulang-ulang ia akan menjadi nitrit (NO2) yang boleh menjadi racun dan berpotensi menjadi karsinogenik (zat pendatang kanser) bagi tubuh manusia.
#5- Daun Saderi
Daun Saderi atau juga dikenali sebagai daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Kerana itu, jangan sesekali memanaskan sayur ini berulang-ulang kerana segala zat baik yang terkandung akan hilang begitu saja.


Jangan menganggap semua larangan ini sebagai perkara yang boleh dipandang remeh. Ini kerana selain kerugian besar kerana kehilangan banyak zat baik dalam makanan diatas, anda juga berisiko mendapat penyakit jika sentiasa amalkan memanas makanan secara berulang-ulang.

Terdedahnya makanan anda kepada kotoran kerana dibiarkan terlalu lama membuatkan makanan itu tidak lagi fresh dan berisiko "tercemar".  - CARI
Sumber - arbamedia.com
loading...

0 Response to "MUSTAHAK BACA BAGI YG TIADA MASA..!! Jangan Sesekali Panaskan Semula 5 Jenis Makanan Ini - Makanan & Resipi"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close