loading...
Selepas bercerai Fiza Elite kini jadi ‘pembantu rumah’! Pelakon, Fiza Halim yang juga bekas anggota kumpulan Elite membuat pengakuan berani dirinya kini menjadi ‘pembantu rumah’ selepas berpisah dengan bekas suami, Adam, tahun lalu.
Maklum saja, selepas hidup sendiri, wanita berusia 35 tahun itu perlu bekerja keras bagi menampung hidup, apatah lagi beliau juga bergelar ibu tunggal kepada dua anak perempuan, Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7, hasil perkahwinan pertamanya bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Fiza menerusi laporan BH Online memberitahu, saban hari beliau selalu berendam air mata kerana mengenang nasib malang yang harus dilalui, selain dirinya sendiri sering dianiaya.
Namun begitu, peminat tidak perlu cepat melatah kerana Fiza hanya menjadi pembantu rumah dan hidup menderita ketika menjayakan watak Fauziah dalam drama 30 episod terbitan JS Pictures berjudul Satu Cinta.
Drama terbabit bakal menemui penonton menerusi saluran RTM Ramadan nanti. Drama yang ditunjangi oleh Dayana Roza dan Azrel Ismail itu turut dilakonkan Zarina Zainuddin, Emma Akma dan Haeryanto. Ia diarahkan Jamal Khan dengan dibantu Ujang.
“Saya mula terbabit dengan penggambaran drama ini sejak Disember lalu dan ia dijangka berlarutan sehingga April depan. Inilah kali kedua saya terbabit dengan produksi JS Pictures selepas drama Anakku Diva. Drama ini juga dibintangi saya selepas berpisah dengan bekas suami. Dalam Satu Cinta, saya berlakon sebagai ibu kepada Dayana. Azrel pula menantu saya. Memang saya banyak menangis ketika melakonkan watak Fauziah. Inilah juga kali pertama saya berlakon tanpa solekan tebal. Secalit bedak pun tidak digunakan pada wajah saya, begitu juga gincu. Saya memang kena jadi buruk dalam drama ini. Berlakon tanpa mekap ini pun sebenarnya memudahkan saya untuk solat,” kata Fiza.
Ditanya mengenai kehidupannya selepas kembali hidup solo, Fiza berkata dirinya terus kuat berdepan hari yang mendatang.
“Kehidupan saya baik-baik saja, lebih baik daripada sebelumnya. Rezeki juga masih ada, manakala dua anak saya pun hidup macam biasa. Merekalah kekuatan saya dan menjadi penguat semangat, selain arwah bapa. Kalau saya sibuk bekerja, bekas ibu mentua dan bapa mereka yang akan tolong jaga kedua-duanya,” kata Fiza.
Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014. Bagaimanapun, pasangan ini rujuk kembali pada tahun sama. Tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai apabila melihat hubungan mereka tidak mampu dipertahankan lagi.
Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
loading...
0 Response to "Selepas bercerai Fiza Elite kini jadi ‘pembantu rumah’!! Untung Ler Kau Dapat Fiza Jadi Pembantu rumah ... Perghhh"
Post a Comment