loading...
loading...
Kuala Lumpur: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Adi Putra enggan mengulas mengenai dakwaan mereka sudah bernikah.
Wanita berusia 33 tahun itu yang dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, mendakwa belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.
"Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," katanya kepada Harian Metro.
Berita pernikahan itu mula menjadi viral apabila gambar pernikahan mereka dikongsi beberapa pihak menerusi aplikasi WhatsApp, sejak malam tadi.
Difahamkan, wanita yang juga ibu tunggal anak satu adalah rakan kongsi perniagaan Adi.
Seorang sumber kepada Astro Gempak mendedahkan isteri kedua pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan seorang pegawai di jabatan kerajaan
Majlis perkahwinan ini dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan baru-baru ini.
Isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof, 41, dilaporkan tidak tahu menahu berita perkahwinan suaminya itu.
Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Adi Putra gagal apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI
loading...
0 Response to "TERBONGKAR Identiti Sebenar Isteri Kedua Adi Putra, Patutlah Adi Putra Pilih Dia Ni Dari Anak Dara !"
Post a Comment