Cerita Sebenar Seorang Jururawat Pulang Dari Kerja Tiba-Tiba Disambut Dengan Cincin Pertunangan Jadi Viral

loading...


Rupanya Inilah Cerita Sebenar Viral Seorang Jururawat Pulang Dari Kerja masih berUniform Lengkap Jururawat, Tapi Bila sampai Je Rumah Tiba-Tiba Disarung Dengan Cincin Pertunangan !!


Cerita Sebenar Seorang Jururawat Pulang Dari Kerja Tiba-Tiba Disambut Dengan Cincin Pertunangan Jadi Viral.

Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita yang masih lengkap berpakaian lengkap uniform Jururawat, Nur Wahidah Alias, 23, baru pulang dari kerja disarung cincin oleh bakal ibu mentuanya di rumahnya, di Teluk Intan, Perak menjadi viral di media sosial.
“Tunang saya sudah tahu rombongan merisik dan bertunang akan datang ke rumahnya pada hari raya kedua, tetapi dia mempunyai tugasan di hospital,” kata Mohamad Zahrul Ikhram Mohd Noor Azizi, 22, selepas gambar bakal isterinya lengkap beruniform jururawat ‘viral’ di Facebook (FB) sejak Ahad lalu.

Menurut Mohamad Zahrul, majlis tertutup itu diadakan secara ringkas, tetapi masih mengikut adat Melayu.
“Majlis ini dirancang sejak sebulan lalu sebelum rombongan lelaki datang dari Ipoh ke Teluk Intan.
“Kami hanya membawa tepak sireh dan buah tangan, serta cincin sebagai tanda pertunangan,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Menurut Mohamad Zahrul, dia gemar melangsungkan pertunangan secara ringkas dan tidak bermewah.
“Bukan saja ia mengikut adat, tetapi ringkas, jimat dan mudah. Apa yang penting adalah ikatan dan kami tidak suka membazir,” katanya.

Menurutnya, dia yang sudah mengenali bakal isterinya selama sembilan tahun bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

“Dengan izin Allah SWT, kami akan melangsungkan pernikahan pada Oktober dan ia juga akan dijalankan secara sederhana dan ringkas,” katanya.
loading...

0 Response to "Cerita Sebenar Seorang Jururawat Pulang Dari Kerja Tiba-Tiba Disambut Dengan Cincin Pertunangan Jadi Viral"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close