Akhirnya Isteri Aliff Buat Tindakan YAng Mengejut Setelah Tidak Tahan Melihat Alif Satar Beraksi Melampau Dengan Nana,.. Korang Baca Lah Apa Isteri dia cakap.

loading...


Siapa sangka lakonan romantis Aliff Satar didalam drama terbarunya, Dia Semanis Honeyberjaya memberikan impak besar kepada penonton. Aliff juga akui isterinya juga turut tidak ketinggalan menonton drama itu dan kadangkala beliau juga berasa sedikit cemburu melihat adegan romantik beliau bersama Siti Nordiana.

“Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis didalam drama itu dan kadang kala dia menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya yang sebenar”
“Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar. Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini,” 

katanya kepada Kosmo Online berhubung perasaan cemburu yang dipamerkan isterinya itu.

Pada masa yang sama, Aliff turut meluahkan rasa bersyukurnya kepada pengarah drama terbabit, Micheal Ang yang telah menaikkan namanya semula selepas 10 tahun berkecimpung didalam bidang seni tempatan. Katanya lagi mungkin keserasian serta populariti Siti Nordiana juga membantu menjadikan drama itu meletup.

Drama tayangan Astro, Dia Semanis Honey yang ditayangkan sejak awal Mei lalu hangat diperkatakan umum kerana keserasian yang ditonjolkan oleh gandingan Aliff Satar dan Siti Nordiana. Malah ramai juga yang mula angau dengan adegan romantis mereka berdua yang berjaya memukau pandangan penonton
loading...

0 Response to "Akhirnya Isteri Aliff Buat Tindakan YAng Mengejut Setelah Tidak Tahan Melihat Alif Satar Beraksi Melampau Dengan Nana,.. Korang Baca Lah Apa Isteri dia cakap."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close