loading...
#Pertama kali saya menjejaki hospital India hari ini ... Mendapat khabar sahabat sebilik saya daripada Thailand kemalangan jalan raya ... Kejadian berlaku selepas Maghrib ... Saya dan seorang sahabat lagi terus bergegas ke hospital ...
#Sampai di sana kami tidak di benarkan masuk walaupun hanya di ruang menunggu ... Saya melihat kawasan luar hospital penuh dengan orang ramai yang menunggu di luar ... Kebanyakkan mereka bermalam di situ beralaskan plastik dan kain ...
#Mengikut peraturan hospital , tidak semua orang boleh masuk ke dalam hospital utk melawat pesakit ... Walaupun daripada keluarga sendiri ... Mungkin juga di sebabkan ingin mengurangkan kadar kesesakan yang sememangnya negara India di banjiri bilangan penduduk yang sangat ramai ...
#Setelah lebih setengah jam menunggu di luar dalam keadaan duduk mencangkung dan berdiri , barulah kami di benarkan masuk oleh pihak sekuriti hospital dengan wasilah sahabat² kami yang lain yang lebih dahulu berada di dalam hospital ...
#Allahu ... Sedih dan sebak melihat keadaan sahabat saya yang terbaring dengan lumuran darah di jubahnya di atas katil hospital yang keras masih dalam keadaan tidak sedar ... Saya pun tidak faham keadaan hospital ini ... Seingat saya tidak ada satu pun katil pesakit yang di perbuat daripada span tilam ... Semuanya sama hanya sebuah katil beroda di perbuat daripada besi secara keseluruhan ...
#Pengurusan pihak hospital sangat² buruk ! Kami terpaksa menunggu selama sejam hanya utk mengetahui keputusan doktor mengenai keadaan sahabat saya itu ... Tidak mahu menunggu lama , kami terus berjumpa doktor pelatih yang ada di situ ... Sebenarnya kesemua doktor di situ adalah doktor pelatih yang masih belajar ...
#di sebabkan darah masih mengalir walaupun telah mendapat jahitan , maka kami ingin mengetahui keputusan doktor keadaan sahabat kami itu ... Akhirnya doktor tadi mengarahkan kami utk naik ke tingkat 1 dengan membawa sendiri sahabat kami yang cedera itu menggunakan katil tersebut !
#Pelik ! Tapi itulah hakikat pengurusan hospital di sini ! Kami mengusung katil sahabat kami ke tingkat satu ... Menunggu 20 minit ... Setelah itu doktor bawa sahabat kami ke bilik pembedahan ... Setelah di periksa doktor memaklumkan bahawa jahitan tadi harus di buka semula memandangkan darah beku masih belum di cuci oleh doktor tadi sebelum di jahit ! Maka pembedahan seterusnya di buat semula ... Menunggu setengah jam ...
#Selepas itu , doktor cek keputusan x-ray ... Doktor arahkan kami buat semula x-ray di sebabkan x-ray yang di buat adalah salah ! Kecederaan berlaku sebelah kiri tetapi juru x-ray telah buat scanning pada sebelah kanan ! Saya tepuk dahi campur panas hati ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami tadi ..
#Menunggu giliran selama 20 minit lagi ... Darah masih mengalir ! Selepas menunggu tiba giliran kami ... Kami masuk bilik x-ray ... Tunggu juru x-ray minta bantuan angkat sahabat kami kerana kami bukan jururawat dan tidak tahu cara mengangkat mangsa yang cedera ... Juru x-ray berkeras tidak memberi bantuan kerana ini sudah jadi prosedur mereka katanya ! Kami berlapan terpaksa mengangkat sahabat kami pindahkan dari katil ker tempat scanning !
#Menunggu lagi sejam keputusan x-ray ! Selepas menunggu , keputusan x-ray menunjukkan terdapat sedikit keretakan pada tulang pinggang sahabat kami ! Doktor minta kami naik semula ke tingkat satu ! ... Maka kami pun mengusung sahabat kami ke tingkat satu ... Sampai tingkat satu , kami serahkan keputusan x-ray tadi kepada doktor ...
#Menunggu lagi satu jam utk mengetahui keputusan doktor apa yang kami perlu lakukan seterusnya ! Selepas menunggu doktor maklumkan bahawa apabila berlaku keretakan maka mereka tidak perlu jahit dan terus di bawa ke wad orthopaedic di tingkat bawah ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami ! Pansss !
#Sampai di wad tersebut barulah mereka berikan rawatan yang sepatutnya ... Alhamdulillah ... Itu pun setelah seorang senior doktor mereka datang atas arahan pakcik kepada sahabat saya keturunam India daripada England yang merupakan seorang Naib Cancelor di sebuah universiti di Lucknow ...
#Perit , perit dan perit ! Hati saya remuk dan insaf setelah berada di hospital itu hanya selama 5 jam ! Keadaan yang kurang bersih dan layanan yang kurang mesra ! Yer la ... Hospital kerajaan ... Itu pun kena bayar juga ! di sebabkan kawasan hospital yang tidak cukup juga , ramai pesakit terpaksa terbaring menunggu di luar wad pesakit !
#Sebenarnya ada juga hospital yang menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan high class tapi selalunya ia hanyalah hospital swasta ... Bayaran sangat mahal !
#Ya Allah ! Taubat la saya masuk hospital tu lagi ... Apa pun banyak hikmah yang saya perolehi malam ini ... Dan pengajaran yang paling besar saya dapat adalah belajar utk bersyukur ! Syukur lahir dan hidup di Malaysia !
#Secara jujur sebenarnya saya ada terfikir utk hidup di India membina rumahtangga di sini ... Namun selepas malam ini melihat keadaan hospital itu sahaja telah membuatkan saya berfikir berjuta kali utk menetap di sini !
#Allahu ! Syukurrrr ya Allah !
#Mohon doakan sahabat saya agar dia cepat sembuh segera !
# saya belanja hasil tangkapan tadi ... Lihatlah suasana mereka di sini , bandingkan dgn nikmat yang Allah SWT beri pada kita di Malaysia !
#Sekuriti baget !
#Salah seorang guru kami telah susah payah banyak membantu kami ! Duduk berdiri bersama kami walaupun dalam keadaan letih ...
#Wad Kecemasan ... Utk yg tiada pengharapan utk hidup lagi ... Lihatlah oxigen tu kena pam sendiri oleh ahli keluarga pesakit ... Mengalir air mata saya !
#Homeless in hospital ? No , they are waiting for their family ...
#Buat² tahu jer laa ... Hehehe
#Bilik X-Ray !
#Mangsa dan pesakit d mana² ! Jeritan dan tangisan menahan sakit sering berlagu ! ...
Budak baju hijau tu siap boleh selfie lagi tau ... Mangkuk . haha
#Ruang menunggu d luar hospital ... baru 1/10 kwasan ni ...
#Turun naik mengusung katil kerja kami ! Berkhidmat utk hospital !
#Kami jadi doktor hari ini !
#Katil utk pesakit !
loading...
0 Response to "Hospital Atau Rumah Hantu?? "Ya Allah ! Taubat la saya masuk hospital tu lagi" (15 Gambar) Yang amat Menakutkan !!"
Post a Comment