Dari Tadika Dapat Straight A. Tapi SPM Kantoi. Ini RESPONS Mak Bapa Aku Yang MENGEJUTKAN !!!

loading...
Dari Tadika Dapat Straight A. Tapi SPM Kantoi. Ini RESPONS Mak Bapa Aku Yang MENGEJUTKAN !!! | Aku ni alhamdulillahirabbil ‘alamin Allah kurniakan otak yang ok la kira bright student gak la. Since tadika sampailah aku masuk sekolah menengah score okmo sapa bosang ase. (astaghfirullah terberlagak pula.sorry)
1
UPSR straight A,PMR pun straight A,trial SPM pun gempak starz alhamdulillah.Aku ni kalau kawan2 parents aku tengok aku,diaorang sampai satu tahap diaorang boleh cakap,”Oh budak ni tak yah tanya results dia memang all A’s lah!”Sampai gitu skali aku nok kabo.
Sejujurnya bagi aku aku ni pandainya biasa2 je tapi mungkin cara mak aku sembang dengan kawan2 dia tu level of exaggeration dia dasyat sangat macam ish terror betul la aku ni.Aku yang belajar aku tau la iq aku ni takat mana.
Tibalah masanya keluar result SPM.family besar kengkawan mak aku apa semua cam biasalah result tak keluar lagi diaorang dah kata aku dapat straight A dah.aku aminkan je tapi kan to be honest bila semua orang cakap macam tu,aku tak kembang tau sebab aku ni jenis kalis pujian.Plus,aku jadi pressure sebab tinggi sangat expactation orang terhadap aku dalam keadaan aku tau level iq aku ni tahap mana.
Even parents aku dah set dah sejak aku di alam rahim lagi aku akan jadi seorang doktor gigi bila besar nanti.Masa sekolah pun aku ambik science stream sebab aku minat.
Jap aku lupa nak cerita pasal result SPM.sekali kan bila keluar result SPM,lailahaillallah.Teruk beb,teruk!Teruk dia bukan yang orang kata “Ala budak pandai punya teruk tak sama dengan orang biasa punya teruk.”
No! Teruk yang hakiki ok.
Orang lain semua terkejut macam mana aku boleh dapat result seteruk tu.memang terduduk la aku dengan parents aku skali.tergamam.tak sangka budak bijak macam aku boleh tergamak dapat result busuk macam tu.
Tibalah masa nak isi borang UPU.masa ni isu antara aku dengan parents pun terjadi.ye lah,deme nak aku jadi doktor gigi dari aku dekat alam rahim lagi.tapi bila dah dapat keputusan busuk macam tu,confirm2 la tak dapat tak payah apply pun dah tau memang tak dapat.
Mak ayah aku banyak kali cakap,”Dah dapat result macam ni apa boleh buat?Nak apply apa pun tak tau lah.Teruk sangat.”
Bapak down weyh bapak down.Masa discussion tu aku ada jugak cakap aku dah give up dengan benda2 belajar ni.Aku dah tak nak belajar.Aku nak kerja.cukuplah aku dah menyusahkan diaorang.biarlah aku mulakan hidup sendiri.(masa ni rasa poyo gila oh cakap macam tu kat parents aku haha.bulat2 skrip tv aku tiru.)aku ingat macam smart rupanya noob je.
Setiap kali aku bangun tidur aku kena beleter.aku buat apa pun semua jadi salah.asyik kena marah.ye lah kan SPM dah gagal.Sejak tu aku rasa harga diri aku macam dah tak ada.Semua orang layan aku lebih kurang.Yang mengumpat aku tak payah cakap la lagi2 mak cik2 kat kampung yang memang duk dengki dengan family aku seronok sangat la dapat tau aku gagal SPM.(tak ada la subjek yang fail pun senanya)
Sejak itulah aku baru tau betapa selama ni orang2 yang baik dengan aku sebenarnya diaorang just respect sebab aku pandai.Bila dah jadi macam ni eh srupa syaiton pulak umpatan2 deme.baru tau perangai sebenar!
Aku redha la semua orang buat aku macam tu.Aku faham sebab background family aku semuanya memang berjaya.Result exam je mesti nak gempak2 asal balik kampung je semua nak kongsi result periksa.Sekolah pun semua SBP MRSM je.aku diaorang letak level diaorang la walaupun sekolah biasa tapi result power.Sekali bila jadi macam ni,waah disindirnya aku.pedih!
Masa tu aku betul2 berserah pada Allah taala tentang masa depan aku.aku banyak berdoa dekat Allah.aku tau manusia yang dekat dengan aku selama ni cuma disebabkan aku ada kelebihan.once kelebihan tu tak ada,diaorang pun tak ada.tapi yang ada tinggal Allah.aku banyak luahkan dekat Allah.aku rasa tak pernah aku nangis teruk bila mengadu kat Allah.rasa pure giler pengharapan aku kat Allah masa tu.
Dan pada hari ni,aku dah mula nampak hikmahnya setelah berlalu episod duka aku.Aku betul2 dapat rasa yang sebenarnya Allah nak betulkan balik hati aku.Ye lah aku budak pandai kan sebelum ni,selalu diagung2kan oleh mak aku tatkala bersembang.aku faham dia gembira.aku pun gembira bila dapat result bagus.tapi mungkin masa kami gembira tu,kalau tak banyak pun sikit la ada unsur riyak kan.mungkin tak sampai tahap aku pandang rendah kat orang tapi dalam hati ada rasa yang aku ni hebat.
Sekali Allah nak tunjuk,kejap je.
But aku bersyukur semua tu terjadi.Aku dah dapat hati aku yang baru.kalau sebelum ni aku selalu rasa result aku cemerlang sebab aku hardworking.jenis pulun bila blaja so pasti dapat cemerlang.padahal aku lupa yang memegang takdir tu Allah.
Kalau dulu aku tak pernah berada di bawah so aku tak tau macam mana rasanya.so Allah bagi supaya dia imbangkan balik hati aku.Dia nak tengok apa yang aku akan buat bila aku berada di bawah.aku bersyukur Allah takdirkan aku untuk bermuhasabah balik atas kejatuhan aku,bukan buat benda pelik2 atau meroyan tak tentu pasal.
Sekarang aku belajar di sebuah ipt di luar negara,ditanggung sepenuhnya oleh parents aku.syukur sebab Allah masih murahkan rezeki aku untuk sambung belajar walaupun guna duit ibubapa.yang mulut2 puaka mengumpat aku tak habis2 tu masih lagi on dengan kegiatan mereka.katanya aku menyusahkan mak bapak lah apa lah.eh aku punya pasal lah ni rezeki aku.mak bapak aku tak mintak duit korang pon yang kalut sangat tu kenapa?
Dan akhir sekali,aku bersyukur sebab bukan aku je yang bermuhasabah atas kejatuhan aku,parents aku pun sama.aku tak sangka diaorang boleh kata macam ni kat aku,
“Mom dengan dad rasa semua ni memang ada hikmah.sebelum ni mom dengan dad rasa lepas dah provide the best school,the best tuition apa semua kamu confirm akan dapat score.tapi kami lupa sebenarnya Allah tu lebih berkuasa berbanding kita.kita cuma boleh berusaha,yang menentukan tu Allah.”
Allah…cair hati aku dengar macam tu.sekarang pun diaorang tak pressure aku dan letak high expactation kat aku dah.sejuk hati setiap kali exam diaorang akan cakap,”Usaha sungguh2 ya. lepas tu kita serah pada Allah taala.apa pun yang Dia bagi,kita kena redha.”
Allah!inilah hikmahnya.terima kasih Allah.disebalik kejatuhan aku,rupanya ada nikmat besar yang Dia nak bagi;nikmat diberikan hati yang baru.Alhamdulillah.semoga aku dan parents aku terus kuat berhadapan dengan manusia2 yang tak ada kerja yang suka compare aku dengan anak2 dia,merendahkan aku dan apa saja lah.aku dah lali dengan semua tu.now,aku nak fokus dengan next semester aku.doakan aku jadi doktor gigi yang berjaya!
P/s:sebelum dibangkitkan isu,baik aku clarify.result aku tak layak untuk ambil pergigian kat malaysia,tapi lepas je untuk ambik dekat luar negara.aku ada NOC jangan risau.kalau nak datang indon rogerlah aku.adios. – Bakal doktor gigi merangkap menantu ibumu via IIUM.
loading...

0 Response to "Dari Tadika Dapat Straight A. Tapi SPM Kantoi. Ini RESPONS Mak Bapa Aku Yang MENGEJUTKAN !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close