Kaklong Berubah Selepas Kahwin. Ibu MERAUNG Sebab Kecewa Perbuatan Kaklong Selama 18 Tahun !!

loading...
Kaklong Berubah Selepas Kahwin. Ibu MERAUNG Sebab Kecewa Perbuatan Kaklong Selama 18 Tahun !!! | Assalamualaikum. Maaf kalau kisah yang saya nak cerita ini akan menyinggungkan mana-mana pihak. Kisah ini terjadi dalam keluarga saya sendiri, terjadi pada kakak sulung.
dgdg
Kakak saya telah berkahwin selama 18 tahun. Dia kini tinggal di rumah keluarga mertuanya sejak dia berkahwin. Sehingga sekarang, dia tidak pernah beraya bersama kami sama ada raya puasa mahupun raya haji.
Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ini mak masih mampu bersabar sekian lama. Katanya tidak mahu bising sebab tidak mahu kakak dan suaminya bertengkar. Tetapi Allah sedang menduga mak kali ini.
Setelah 18 tahun memendam rasa kecewa dan kesabaran sudah tiba di penghujungnya, mak luahkan segala kekecewaan pada kakak melalui WhatsApp. Kakak hanya membaca mesej tersebut tetapi tidak memberikan sebarang jawapan balas.
Saya tahu mak tidak mampu lagi menahan kekecewaan dan mak sudah kehabisan kata-kata apabila soalan yang sama sering diaju pada mak setiap kali tibanya hari raya. Orang di sekeliling akan bertanya, kenapa dan mengapa begitu, kenapa kakak tak balik, ada selisih faham ke?
Kalau orang tidak tahu, merka akan menganggap mak yang buat masalah sehingga membuatkan kakak enggan balik beraya. Hakikatnya tidak. Setiap kali kakak bersalin, mak akan pergi melawatnya. Kakak kata nak buat perniagaan, saya dan mak belikan barang permulaan perniagaan untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayang pada kakak.
Kakak memang tinggal bersama mertuanya. Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tetapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar-iparnya walaupun mereka selalu berjumpa.
Kakak hanya akan datang ke rumah mak pada sebelah malam dan balik pada awal pagi atau tengah hari. Bila hari raya, kakak akan pulang pada tengah raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam sahaja. Datang dalam jam 10 malam, siang jam 10 pagi atau 2 petang dah balik.
“Kakak balik tengok mak, seperti orang makan kenduri atau melawat kawan saja. Tiap kali nak balik rumah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suami sibuk. Tetapi bila ke rumah ipar-iparnya, tak ada masalah pula,” luah mak. 
Bukannya kami tak tahu kakak selalu ke rumah ipar-iparnya. Tetapi kakak tidak pernah singgah rumah mak walaupun jarak rumah ipar-ipar ke rumah mak sangatlah dekat. Mak tahu semuanya tetapi mak pendamkan rasa kecewanya sebab tak nak kakak bertengkar dengan suaminya.
Teringat peristiwa tahun lalu bila kakak sms mak kata nak datang ke rumah. Allah, semangat terus mak start enjin kereta beli barang masak. Mak masak banyak lauk pauk, gembiranya seorang ibu bila anaknya mahu balik.
Tetapi tiba-tiba kakak beritahu yang dia tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap dua hari. Sedih sangat-sangat tengok mak pada masa itu. Tetapi mak masih bersabar.
Tetapi raya kali ini, mak mungkin tewas dengan kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila mendapat tahu kakak balik ke sini tetapi terus ke rumah ipar-iparnya. Itu pun saya yang ternampak di Instagram iparnya yang kakak ada di sini. Bila saya tanya kakak sama ada dia ada di sini atau sebaliknya, baru dia kata dia ada di sini. Saya rasa, kalau tak ditanya, mungkin kakak akan terus balik ke rumah dia seperti kebiasaannya.
Masa ini Allah menguji mak. Mak sudah terusik sangat-sangat lalu menghantar mesej melalui WhatsApp pada kakak. Mak luahkan kekecewaannya pada kakak. Namun kakak tetap tidak membalasnya.
Keesokannya kakak mesej kata nak jumpa mak tetapi mak tak balas dan terus padamkan telefon bimbit. Kemudian mak call saya dan minta saya sampaikan pada kakak.
“Beritahu kakak, anggap saja mak sudah tiada, tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri,” katanya sambil menangis sebelum menamatkan panggilan. 
Saya menangis, saya tahu mak kecewa kerana sudah 18 tahun lamanya dia memendam. Saya tahu mak mampu bersabar lagi tetapi tekanan dari orang sekeliling yang selalu bertanya tentang kakak.
Kini saya sedang cuba mendamaikan mak dengan kakak tetapi saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Saya akan cuba juga. Tetapi di satu sudut lain, mak mungkin berjaya mendidik kakak menjadi seorang isteri yang taat pada suami walaupun saya tahu jauh di hati kakak, dia pun kecewa dengan keadaan yang berlaku tetapi dia tidak mampu bersuara.
Saya harap, kisah kakak saya ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk semua anak dan menantu. Kepada para suami, jika kamu benar-benar menganggap mertua itu seperti ibu kam, kamu tidak akan sanggup membuat mertua kamu seperti ini. Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki kamu sehingga sanggup memperlakukan isteri seperti itu. Jangan jadi suami yang hanya mementingkan diri.
Anggaplah mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tidak akan sanggup berbuat seperti itu kepada mertuamu. Cuba letakkan diri kita di tempat mertua, apa yang kita akan rasa jika anak-anak kita pula buat perkara yang sama pada kita bila mereka sudah berkahwin kelak? Ingat kifarah dari Allah.
Kepada para isteri pula, jika kalian melalui situasi yang sama, saya harap kalian bersuaralah. Memang syurga pada suamimu dan harus taat padanya. Tetapi ingatlah jasa seorang ibu. Tidak salah kamu beranikan diri meluahkan apa yang kamu rasa pada suami. Bukan dengan niat nak menentang suami tetapi dengan niat mahu suami tahu apa yang kita rasa. Jika kamu hanya berdiam diri, suami akan menganggup kamu bersetuju dengan apa yang berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita mahu bersikap kurang ajar. Luahkan isi hati kita dengan cara yang paling lembut pada suami.
Sentiasa berdoa pada Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah, solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita.
Kepada para mertua yang mengalami nasib yang sama, saya doakan agar acik semua bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Saya yakin, seorang anak tidak akan pernah melupakan ibunya. Cuma mungkin merekaj juga tersepit dengan keadaan. Sentiasa doakan mereka,
Walaupun anak kita sudah tua, seorang ibu tetap meliaht anak itu seperti kanak-kanak. Saya tahu naluri seorang ibu yang sangat rindukan anak dan cucunya. Kalau boleh, seorang ibu mahu meluangkan sepenuh masanya bersama anak dan cucu. Berdoalah kerana doa seorang ibu tiada hijabnya.
Doakan saya berjaya menyatukan kembali mak dan kakak. Rajuk seorang ibu tidak akan lama. InshaAllah.
loading...

0 Response to "Kaklong Berubah Selepas Kahwin. Ibu MERAUNG Sebab Kecewa Perbuatan Kaklong Selama 18 Tahun !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close