loading...
Mesti ramai akak-akak gelak sakan bila baca tajuk ini. Si suami pula terkedu bila baca artikel kami kali ini. Baru pasang niat nak ‘tambah lagi satu’ dek kerana bini kuat membebel!
Tapi tahukah anda, menurut kajian, kehidupan bahagia dan hidup selesa boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes terutama sekali para lelaki. Jadi, sekali-sekala bergaduh tu baik juga untuk perhubungan.
Dipetik dari laman Asiantown.net, hubungan perkahwinan bahagia akan meningkatkan risiko diabetes buat si suami. Sementara itu, isteri yang kuat membebel serta selalu marah-marah, membuatkan lelaki dan para suami berisiko rendah untuk diserang diabetes.
Apa kaitannya? “Isteri membebel tandanya sayang”.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Michigan State University, isteri yang gembira dan bahagia akan lebih sihat, sebaliknya suami yang bahagia berisiko untuk diserang penyakit.
Kajian tersebut telah dijalanan ke atas 1,228 orang yang berkahwin sepanjang tempoh lima tahun.
Tidak dapat dipastikan kaitannya secara terperinci, mungkin bebelan isteri buatkan lelaki lebih kuat kot.
loading...
0 Response to "Ramai Tak Tahu !! Isteri Kuat Membebel Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan Suami"
Post a Comment