PUSAT PERCUTIAN YG DI KATAKAN BOLEH MEMBERI IMPAK KESAYUAN BILA ANDA MELANCONG DI KAWASAN INI..wanita-wanita malam di lelong hanya sekeping roti di sapu planta

loading...
Penginapannya pondok setinggan yang boleh runtuh jika ditiup angin ribut manakala makanan dihidangkan atas pinggan yang comot dan sumbing.
Namun, percaya atau tidak ada yang memilih pengalaman seperti itu untuk menghabiskan percutian.
Lokasinya di Lima, Peru, di mana lazimnya pelancong datang untuk melihat keindahan kota Machu Picchu atau menikmati makanan tempatan yang lazat.
Namun, kumpulan ini memilih kawasan setinggan yang miskin untuk melihat kehidupan masyarakatnya.
Ashok Arasu, doktor dari Australia yang datang bersama isterinya Cherry Wu ke tempat dikenali sebagai Villa Maria del Triunfo berkata, dia tidak menyangka keadaan semiskin itu di Peru.
Dia dan Cherry membawa buku nota, pensel dan stoking untuk kanak-kanak di situ.
Tidak kurang juga pelancong yang membawa ubat-ubatan malah ada yang sekadar mahu membantu dengan mengecat kediaman penduduk.
Pengasas Haku Tours, Edwin Rojas berkata, tujuan lawatan seumpama itu adalah untuk menunjukkan wajah sebenar negaranya kepada orang luar.
“Di sebalik semua ini ada keindahannya tersendiri. Kami membawa kira-kira 400 pelancong ke kawasan miskin dengan setiap kumpulan mempunyai dua hingga enam orang pada harga AS$45 (RM179).”
Peserta dibawa melawat pasar dan makan bersama keluarga di situ - pengalaman jauh berbeza daripada yang lazimnya dirasai pelancong di restoran lima bintang dan seluruh dunia.
Rojas tidak menafikan ada pihak menyelar pakej pelancongan seperti itu yang turut ada di Rio de Janeiro, Mumbai dan Nairobi sebagai mengeksploitasi golongan miskin.
“Pendekatan kami lebih lembut kerana melawat dan berkenalan dengan penduduk setempat seterusnya dapat membantu mereka juga dari segi ekonomi,” katanya.
loading...

0 Response to "PUSAT PERCUTIAN YG DI KATAKAN BOLEH MEMBERI IMPAK KESAYUAN BILA ANDA MELANCONG DI KAWASAN INI..wanita-wanita malam di lelong hanya sekeping roti di sapu planta"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close