loading...
Sekolah Budak Pandai..Geng Lelaki Kurung Aku, Apa Mereka Buat Aku Tak Maafkan !!! |Aku terpanggil nak cerita pasal compound yang supposedly safe tapi sebaliknya berlaku.
Aku dulu sekolah budak2 pandai la jugak. boarding school. yang masuk semua straight A’s. kira sekolah future leaders for the ummahhh gitu. tapi sayangnya…
Penah masa prep malam geng budak laki 12 orang circle meja aku. aku tengah belajar diligently. tunduk sambil sumbat earphones malas nak layan. dorang tarik buku2 aku, selokar pencil case aku, cuit2 tangan aku, tanya soalan merapu2. bila aku bangun nak blah, dorang halang. lastnya aku tolak je dorang dengan buku pastu blah. aku lari masuk toilet pastu nangis sorang2. depan diorang mestilah aku tak nangis.
Buku nota aku dorang conteng grafitti. ada yang dorang sapu gam kat keliling so tak boleh selak dah. kerusi aku dorang lekat chewing gum.
Pernah jugak aku kena kurung dalam kelas dengan salah sorang geng tu. berdua je. dia tengok aku atas bawah sambil sengih2. dia tutup lampu pastu kejar aku dalam gelap. engkorang rasa? aku memang jerit macam gila baling2 buku tolak kerusi sampai dia kaget and lepaskan aku.
Semua ni jadi dalam school compound!
“Kenapa kau ni sombong sangat? chill la sikit” “kau ni kan ‘flat’ gila. tak bernafsu aku tengok” “aku rasa kan nasi lemak dia ni lima posen je” “kau ni kalau berisi sikit emm.. geram aku tengok” di selang tawa yang sumpah annoying! 2 tahun aku hadap benda ni!
Aku jadi trauma dengan lelaki. belajar je pandai tapi akaiiii. benda ni jadi dalam kelas. ramai orang nampak. kenapa takda sorang pun stand up untuk backup aku?? siap ada geng gadis gedik yang rasa terancam dgn aku pasal geng2 nakal tu kononnya hot stuff. yang tak boleh blah siap ada geng alim alimah ni tuduh aku yang tarik perhatian diorang. kalau tak kenapa aku je diorang target? kenapa orang lain tak kena? gila.
Siapa tengok hana yori dango boleh bayang la watak2 yang wujud. geram pulak aku tengok cerita ni. bila rasa sendiri baru tau azabnya. nasib aku waras tak terjun bangunan.
Aku call parents aku sambil nangis. tapi aku tak cerita apa yang jadi. aku takut. masa tu aku fikir mungkin betul semua ni salah aku. parents aku ingat aku nangis sebab homesick je. diorang taktau apa yang jadi kat aku.
Sekarang aku dah final year kat uni. aku dah makin waras menilai apa yang jadi. aku cuba buang sikit2 sifat anti-lelaki. aku pesan kat adik2 lelaki aku bahawa bad boy langsung tak cool. aku pesan kat adik2 perempuan aku, it is not okay to be bullied. reach out. ask for help. aku harap kalian yang baca ni pun dapat ambil iktibar. ambil tahu & ambil langkah bila nampak kejadian buli.
loading...
0 Response to "Sekolah Budak Pandai..Geng Lelaki Kurung Aku, Apa Mereka Buat Aku Tak Maafkan !!! "
Post a Comment