AWAS JANGAN SEKALI-KALI LAKUKAN...!!! 7 Bahaya cium mulut bagi pasangan kekasih yang belum berkahwin

loading...


Ramai orang melahirkan kasih sayang dan perasaan cintanya dengan mengucup atau mencium mulut pasangannya. Tidak dinafikan cium mulut boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Cium mulut bukan sekadar menambah kemesraan hubungan tersebut, bahkan ia juga bermanfaat untuk kesihatan anda.Sungguhpun begitu, cium mulut boleh menjadi aktiviti yang membahayakan jika tidak dilakukan secara sihat.
KEBAIKAN CIUM MULUT
Kebaikan yang boleh anda rasakan atau nikmati dari cium mulut tersebut adalah hubungan asmara yang semakin intim.Semakin kerap anda bercium mulut dengan suami atau isteri, hubungan di antara anda berdua akan jadi bertambah baik dari segi fizikal mahupun emosional.Bercium memiliki peranan penting dalam membina sebuah perhubungan atau ikatan perkahwinan.
Bahkan untuk kesihatan anda sendiri, cium mulut juga dapat memberikan anda kebaikan:

1. Anda Akan Rasa Lebih Bahagia
Stress anda akan hilang dan anda boleh merasakan kebahagian itu setelah bercium mulut. Ketika sedang bercium mulut, tubuh akan melepas endorfin, hormon baik yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang dan bahagia.

2. Meredakan Stress
Ketika stress melanda, cubalah anda cium mulut pasangan anda. Setelah melakukannya anda pasti akan berasa lebih tenang.Bercium sememangnya boleh mengurangkan ketegangan dan perasaan gelisah yang disebabkan oleh hormon stress kortisol. Ketika bercium, hormon tersebut akan berkurangan dan diganti oleh hormon yang boleh membuatkan anda berasa lebih ‘cool’ iaitu hormon oksitosin.

3. Wajah Nampak Lebih Awet Muda
Cium mulut yang dilakukan dengan penuh gairah boleh membuatkan otot-otot di sekitar wajah bekerja.Hasilnya wajah dan leher akan terasa lebih anjal.

4. Menjaga Kesihatan Jantung
Ketika anda dan pasangan melakukan cium mulut,jantung dan denyut nadi akan terpam dengan baik. Pada waktu yang sama, tekanan darah menurun disebabkan pelebaran pembuluh darah.

5. Mengurangkan Sakit Kepala
Cium mulut yang penuh dengan kelembutan boleh melepaskan zat-zat kimia dan memberikan kesan baik pada otak.

6. Bakar Kalori
Seminit anda dan pasangan bercium mulut, kemungkinan besar anda boleh membakar sekitar 2-6 kalori,ia bergantung seberapa ghariahnya anda bercium.

7. Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh
Bertukar air liur boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Ini adalah kerana pertahanan tubuh anda menjadi lebih kuat berkat cium mulut tersebut.

8. Menghilangkan Plak Gigi
Air liur juga boleh menyingkirkan bakteria pada gigi. Ia membantu memusnahkan plak-plak yang melekat pada gigi. Namun, ia tidak bermakna anda tidak perlu memberus atau menggosok gigi.

BAHAYA CIUM MULUT
Ketika bercium, pelbagai macam virus atau bakteria dari air liur dan darah dengan mudahnya boleh meresap ke tubuh dalam tubuh anda.
Virus dan bakteria tersebut boleh menyebabkan anda menjadi:
  1. Lemah Badan
  2. Kerosakan Gigi
  3. Infeksi Herpes
  4. Ulser Di Mulut
  5. Demam Kelenjar
  6. Hepatitis B
  7. Penyakit meningokokus seperti meningitis.
Cara Mencegahnya:
Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk menghindar dari bahaya cium mulut adalah dengan menjaga kebersihan mulut.Pastikan anda menggosok gigi pada pagi dan malam, sebelum tidur atau selepas anda makan. Begitu juga dengan pasangan anda. Lakukannya secara rutin.
Ketika anda sedang batuk atau lemah bdan, pastikan anda tidak berkongsi minuman atau makanan dari bekas yang sama untuk menyekat penyakit tersebut dari tertular kepada orang lain. Hindari cium mulut ketika anda atau pasangan anda sedang menghidap penyakit atau terdapat luka pada bibir atau dalam mulutnya.
Sekiranya anda benar-benar sayang pada pasangan, sebagai isteri atau suami anda harus jujur kepadanya, terutama ketika anda sedang menderita penyakit tertentu. Sudah pasti anda tidak mahu orang yang anda sayangi akan jatuh sakit dan sebagainya.Selain itu, untuk mengecilkan lagi risiko terkena virus atau bakteria adalah dengan melakukan suntikan.Anda mungkin boleh mendapatkan nasihat doktor bertauliah tentang suntikan vaksin yang sesuai untuk mencegah tubuh terkena infeksi virus atau bakteria akibat bercium mulut.
loading...

0 Response to "AWAS JANGAN SEKALI-KALI LAKUKAN...!!! 7 Bahaya cium mulut bagi pasangan kekasih yang belum berkahwin"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close