loading...
Pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup petang tadi di Sunway Montana, Desa Melawati di sini.
Amyra kelihatan anggun menggayakan busana putih bak seorang puteri pada majlis yang dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat itu. Pada 18 Julai lalu, pasangan selebriti ini mengumumkan bakal ditunangkan hari ini dalam sebuah majlis ramah-mesra di ibu kota.
Pada acara berkenaan, mereka turut memaklumkan akan disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan. Majlis persandingan di sebelah keluarga Amyra akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Seterusnya pada 19 November, majlis di sebelah pelakon lelaki itu pula akan dilangsungkan.
Sebelum itu, mereka sering memberikan jawapan selamat apabila diajukan mengenai status hubungan kedua-duanya.
Begitupun kekerapan berlakon bersama, selain gambar menunjukkan kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial menguatkan lagi gosip Amar dan Amyra bercinta.
loading...
0 Response to "Amar Baharin, Amyra selamat bertunang hari ini..Cantiknya [3 gambar] "
Post a Comment