Terjemahan Bahasa Melayu Luahan Azrene Anak Tiri DS Najib Razak Atas Perbuatan Abang Kandungnya Riza Aziz

loading...
Terjemahan Bahasa Melayu Luahan Azrene Anak Tiri DS Najib Razak Atas Perbuatan Abang Kandungnya Riza Aziz


Kini nama Riza Aziz hangat diperkatakan susulan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) membuat dakwaan beliau 'mencuri' wang rakyat Malaysia yang dialihkan melalui 1MDB.


Berdasarkan laporan  sidang media tersebut, Riza didapati telah menggunakan wang berkenaan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills serta menghasilkan filem blokbuster The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio. 

Laporan tersebut juga mengatakan, Pada tahun 2012, Riza dipercayai telah berjudi bersama Jho Low dan beberapa individu lain di Las Vegas. 


Hal tersebut meyebabkan adik kandung Riza Aziz, Azrene Soraya Ahmad Aziz yang juga isteri kepada Datuk Fazley Yaakob  tampil membuat satu kenyataan di dalam instagram miliknya berkaitan kehidupannya bersama keluarga setelah DOJ mendedahkan penyelewengan wang 1MDB yang melibatkan abang kandungnya itu.  

Riza dan Azrene adalah merupakan anak tiri kepada DS Najib, hasil perkahwinan Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya. 

 Baca kenyataan Azrene di bawah



Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga saya di atas kebimbangan anda pagi ini. Bagi mereka yang bertanya bagaimana saya rasa tentang apa yang sedang berlaku pada masa ini, di sini adalah kenyataan rasmi saya: 

Riza masih merupakan seorang yang kami semua sangat kasihi. Malangnya, kasih yang dicurahkan tidak cukup untuk dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan. 


Dia kini sedang membayar harga untuk itu. Jika Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan yang rakyat Malaysia harapkan dan keadilan yang keluarga saya pinta melalui doa pada setiap malam selama ini, maka USA sudah pun menunjukkan jalan - dengan cara tersendiri yang hanya mereka dapat tafsirkan. 


Azrene yang menganggap dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam keluarganya berharap agak Riza menanggung segala salah laku yang telah dilakukannya 

Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya merupakan kambing hitam dalam keluarga. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya. Orang ramai boleh kata saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini, tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular. 

Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mengaut keuntungan daripada dana yang dicuri, dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu. Jika dia bertindak sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya, dia perlu membayar untuk semua perbuatannya. 


Tidak kiralah apa sebab dia lakukannya sekali pun, jika ia menyakitkan negara dan rakyat, ia adalah salah. Yang salah mesti diperbetulkan. 


Azrene turut meluahkan hatinya terhadap tindakan Datin Rosmah Mansor, yang merupakan ibu mereka berdua 
Baginya  sudah sampai masa untuk ibu kandungnya itu melakukan sesuatu yang betul. 



 Kepada ibunya, 

Engkau telah mengabaikan seorang anak pada kos yang besar dan merugikan. Engkau telah menggunakan dan menggerakkan sumber kerajaan untuk melampiaskan keganasan bagi mengganggu gugat kami semua lebih sepuluh tahun kerana berdiri untuk apa yang kami percaya benar. 

Jangan sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas. Sudah tiba masanya untuk ENGKAU melangkah ke hadapan dan lakukan apa yang betul. Be. A. Mother. 


"Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya," kata Azrene. 


Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab. 


 Jika Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya, anggaplah hutangnya dengan syaitan telah langsai dan akan dikutip lagi. 


Begitu juga, semua ahli keluarga yang telah menyerahkan jiwa mereka kepada syaitan, masa anda akan tiba. 


Harga yang saya perlu bayar supaya suami saya, keluarga saya dan anak-anak saya boleh tidur nyenyak pada waktu malam dalam keadaan aman dan selamat adalah menyaksikan sendiri ahli keluarga saya yang saya tinggalkan 10 tahun lalu membayar harga untuk salah laku mereka.
loading...

0 Response to "Terjemahan Bahasa Melayu Luahan Azrene Anak Tiri DS Najib Razak Atas Perbuatan Abang Kandungnya Riza Aziz"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close