loading...
Tragedi MH 17 : Sempurnakan ‘Tugas’ TERAKHIR Suami. Wanita Ini Buat Satu Dewan MENANGIS Dengan Ucapannya !!! | Tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh ketika dalam perjalan dari Amsterdam ke Malaysia telah meragut 298 orang masih segar dalam ingatan kita. Betapa sedihnya pihak keluarga mangsa menanggung pilu apatah lagi pesawat ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lantaran tersalah musuh. Hingga hari ini, masih belum ada pengadilan khusus buat MH17 dan masih dalam siasatan.
Baru-baru ini, berlangsung upacara memperingati MH17 yang dibuat di Nieuwegein dan paling memilukan, balu salah seorang krew nahas pesawat telah menyempurnakan ‘tugas’ suaminya yang tidak sempat dipenuhi.
Upacara memperingati tragedi pesawat MH17 pertama di Nieuwegein pada 17 Julai lalu mengundang reaksi sedih apabila balu salah seorang krewnya, Sharifah Asmaa Binti Alwee Aljuned yang merupakan isteri pegawai pertama MH17, Ahmed Hakimi berucap dan menyelesaikan ‘tugas’ terakhir suaminya dalam upacara itu. Ahmed Hakimi adalah antara 298 mangsa yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17.
“ Saya sukar membayangkan penderitaan dan kesedihan yang kita sedang alami. Adakah kita berkongsi pengalaman yang sama dalam menempuh kehilangan orang tersayang. Malah, perjalanan dan kesedihan kita tidak boleh disamakan. Saya berdoa agar kita akan diberkati dengan kekuatan yang tidak terhingga dalam menangani kesedihan kita,” tambah Sharifah.
Asmaa juga mengakhiri ucapan dengan melaksanakan ‘tugas’ terakhir suaminya.
“Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi.”“Selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene, dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17.“Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami.”
Ucapan menyedihkan itu menerima tepukan hormat oleh semua ahli mangsa nahas MH17 yang lain. Upacara ini dianjurkan oleh ahli keluarga serta waris MH17 dengan sokongan Stichting Vliegramp MH17 di Pusat Kongres NBC. Semoga keluarga mangsa nahas MH17 bersabar dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ni. Kami di OhBulan! merakamkan ucapan takziah dan semoga roh mangsa nahas yang beriman ditempatkan bersama orang yang soleh. Al fatihah.
loading...
0 Response to "Tragedi MH 17 : Sempurnakan ‘Tugas’ TERAKHIR Suami. Wanita Ini Buat Satu Dewan MENANGIS Dengan Ucapannya !!!"
Post a Comment