Lelaki Ini Kembali Semula Dengan Penuh Emosi, Setelah 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Kerana Peperangan

loading...
Tarzan dunia nyata’ yang hidup di dalam hutan belantara Vietnam selama 41 tahun kembali semula ke ‘rumah lamanya’ dalam suasana yang penuh emosi selepas dia meninggalkan hutan itu pada 2013.

Tarzan dunia nyata’ yang hidup di dalam hutan belantara Vietnam selama 41 tahun kembali semula ke ‘rumah lamanya’ dalam suasana yang penuh emosi selepas dia meninggalkan hutan itu pada 2013.
Ho Van Lang, 44, dan bapanya, Ho Van Thanh, 85, menghabiskan masa 41 tahun tinggal di dalam hutan Tay Tra di daerah Quang Ngai.
Mereka melarikan diri dari rumah asal mereka kerana peperangan dan memulakan hidup baru di dalam hutan serta menghabiskan masa empat dekad di dalam hutan dengan belajar memburu, membina tempat perlindungan dan mempertahankan diri mereka.
Mereka ditemui semula pada 2013 dan sejak itu memulakan hidup baru dengan menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar hutan. Dua beranak itu tinggal di sebuah rumah kecil berdekatan.
Baru-baru ini, Lang mengambil keputusan untuk pulang kembali kedalam hutan bersama seorang jurugambar, Alvaro Cerezo.
Cerezo menulis di dalam blognya : “Saya dapat rasakan dia sangat teruja bila bercakap mengenai kembali ke tempat yang dia diami sepanjang hidupnya. Kerana ini, saya bercadang untuk pergi bersama dengan abangnya dan jurubahasa saya”.

“Lang langsung tidak teragak-agak(untuk kembali ke dalam hutan) dan pagi esoknya kami mula bergerak”.

“Selepas sehari suntuk berjalan di dalam hutan, kami akhirnya tiba di rumah lama Lang. Lang menjadi hiba di saat kami tiba, dan termenung untuk hampir sejam”, tulis Cerezo.

Lang kembali ke rumah hutannya selepas 3 tahun.


Lari dari peperangan
Ho Van Thanh dulunya hidup sebagai orang normal di samping keluarganya di Tra Kem ketika perang Vietnam tercetus. Namun pada suatu hari, isteri dan dua anaknya dibunuh oleh satu letupan periuk api, menyebabkan dia terkejut.
Dia kemudian mengambil anak lelakinya (Lang) yang berusia dua tahun dan melarikan diri ke dalam hutan. Sejak dari itu, dia tidak berhubung dengan sesiapa. Dua beranak itu hidup dengan memakan buah dari hutan, menanam jagung dan juga memakan haiwan kecil seperti tikus.
Mereka memakai baju yang diperbuat dari kulit pokok, dan hidup di dalam ‘sebuah rumah’ yang dibina 5 meter dari tanah. Mereka ditemui pada semula pada 2013 orang orang awam sebelum kewujudan mereka dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Keadaan Lang ketika ditemui pada 2013.
loading...

0 Response to "Lelaki Ini Kembali Semula Dengan Penuh Emosi, Setelah 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Kerana Peperangan "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close