Lelaki Ini Order Nasi Ayam Madu. Apa Yang Diperolehnya Selepas 20 Minit Amat MENGEJUTKAN !!!

loading...
Lelaki Ini Order Nasi Ayam Madu. Apa Yang Diperolehnya Selepas 20 Minit Amat MENGEJUTKAN !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB saudara Mohd Azim Basir (LINK). Pakcik, you have a problem.. Pak cik, saya bukan nk biadap tapi sebagai owner kedai makan pak cik kena pandai jaga pelanggan, masa saya mula2 duduk kt meja, pakcik sepatutnya pergi ke meja saya tanya elok2 nk makan apa, bukannya main teriak dari kaunter kata, “nak makan apa??” Saya segan tau pakcik, kena cakap kuat2 kasi satu warung tahu apa yang saya nk makan. Bila saya tanya balik, “kt sini apa yang ada?” Pakcik pulak dengan kurang sopan cakap “semuaaaa adaaaa”. So, saya ternampak menu nasi ayam madu terpampang kt dinding saya order la nasi ayam madu.
1
Lepas tu kan pakcik, tunggu punya tunggu dekat 20 minit, pakcik boleh pulak tanya “awak pesan apa tadi?” Kiranya saya tunggu 20 minit for nothing laa pakcik? Saya ulang balik, NASI AYAM MADU. Dengan muka tak bersalahnya pakcik cakap, “nasi ayam habis”. Are you serious pakcik? Tadi pakcik dengan nada tak sopan ckp ” semuaaaa adaaaa” lepas 20 minit saya tunggu, tetiba cakap habis??
And then, saya pulak dengan nada marah cakap “nasi goreng ayam je lah pakcik” sambil muka berpaling kt tmpt lain. Maaf, terpaksa biadap kt pakcik sebab marah dgn layanan pakcik kt customer yang epic fail.
5 minit kemudian, sampailah nasi goreng ayam madu yang not bad la rasanya. Lepas habis makan, masa nak bayar tetiba terdengar pakcik lagi sekali tertekak dengan customer, tak pasti apa isunya tapi cara pakcik handle sekali lagi EPIC FAIL. Dah la pakcik sound kuat giler customer tu sampai semua orang pandang, paling tak boleh blah pakcik cakap “NAK KENA PENAMPAQ!” kt customer tu.. Customer tu pun beredar sambil cakap, “Jangan nak kuang ajaq, dah la xcakap awai2”
Pakcik, hati pelanggan kena jaga tau sebab bila hati pelanggan senang dgn pakcik, bisnes pakcik dapat bertahan lama. Mereka tak minta dilayan macam Raja, cukuplah pakcik layan cara elok, itu dah cukup. Sekalipun mereka tersilap, tak payahlah nk sungguh2 nk bidas pelanggan. Mereka bukan musuh pakcik, mereka cuma nk dapatkan goods dan services dari pakcik je. Budi Bahasa kan Budaya Kita, Pak cik. 
loading...

0 Response to "Lelaki Ini Order Nasi Ayam Madu. Apa Yang Diperolehnya Selepas 20 Minit Amat MENGEJUTKAN !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close