loading...
GAMBAR hiasan, sekumpulan lelaki bermain layang-layang di India. Gambar kecil, Sharma.
Ghaziabad (India): Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dikelar dengan tali layang-layang bersalut kaca ketika menunggang motosikal di sini baru-baru ini.
Yogesh Sharma, 52, maut pada petang Jumaat lalu selepas lehernya terbelit dengan tali layang-layang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Jurucakap polis, Salmantaj Patil berkata, ketika Sharma melalui sebuah jejambat lehernya tiba-tiba tersangkut pada tali layang-layang.
“Seorang saksi memberitahu, dia melihat Sharma menunggang motosikal sejauh beberapa meter sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Orang yang memberi bantuan melihat ada tali layang-layang melilit leher mangsa dan banyak darah yang keluar,” katanya. - Metro - Read more at: http://scl.io/BhcpIT9j#gs.Yq6iIjw
loading...
0 Response to "Penunggang Motosikal Mati Disembelih Tali Layang-layang -"
Post a Comment