loading...
Firman Allah SWT maksudnya, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah dia besar sampai ke peringkat #dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah dak
u supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”(Surah Al-Ahqaf (46) ayat 15)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah dak
u supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”(Surah Al-Ahqaf (46) ayat 15)
Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika mencecah usia ini.
Dalam ayat ini juga Allah SWT berpesan supaya;..
1. Berbakti kepada kedua ibu-bapa (ada ayat lain dalam surah al-Isra’ dan Surah Luqman) kerana jika dia sudah 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak bantuan.
2. Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhai-Nya (menjadikan semua nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita untuk beramal soleh).
3. Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah SWT dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera dan puterinya..
Hadis yang dikeluarkan oleh Abu al-Fath al-Azadi daripada Ibn Abbas r.a. bermaksud: “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”.
Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang soleh, cerdas, sabar, murah hati, berwibawa dan terhormat. Ia berkata, "Manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur." (Lihat: al-Wafyat A'yan, Ibnu Khalkan: 2/245)..
Memperbaharui Taubat :.
Usia 40 tahun haruslah menjadi titik tolak dan perbaharuan taubat penyesalan seseorang atas dosa-dosa dan kufur nikmat selama hidupnya. Kerana pada usia ini benar-benar telah merasakan banyaknya nikmat dan tidak sebandingnya rasa syukur terhadapnya. Maka pengakuan dosa pasti akan mengalir dari orang yang mahu merenungkan masa lampaunya, sehingga dari itu lahir penyesalan, tumbuh istighfar dan taubat kepada Allah.
Oleh itu sesiapa umurnya telah sampai 40 tahun dan ke atas maka persiapkanlah diri anda kerana anda sudah tidak ada masa lagi untuk berseronok-seronok inilah masa anda muhasabah balik amal-amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan kebaikan dan menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat.
Ulama' menyatakan bahawa jika umur anda sudah sampai umur 40 tahun tetapi amal soleh anda tidak dapat mengatasi amal buruk anda maka siap-siaplah untuk memasuki neraka,
Nauzubilahiminzalik.
lenguhkaki22.blogspot.com
loading...
0 Response to "RAHSIA UMUR 40 TAHUN YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN"
Post a Comment