Ajak Mak Pergi Shopping, Beria-Ria Mak Seronok..Rupanya Ini Helah Anak Buat Mak Menangis... -

loading...


Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya,sanggup berkorban apa saja demi tengok anak bahagia,namun tergamak anak menantu mempergunakan ibu sampai sedemikian rupa....korang baca la,sedih...


Ajak Mak Pergi Shopping, Beria-Ria Mak Seronok..Rupanya Ini Helah Anak Buat Mak Menangis… |Selama ni saya selalu terbaca tentang ketidakpuasan hati terhadap mak mertua. Saya tampil untuk meluahkan.
Mempunyai seorang anak lelaki yang di tatang bagai minyak yang penuh. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya berubah sedangkan masa si anak susah, mak lah yang menolong.
capture
-gambar hiasan
Mak tak pernah harapkan harta si anak dari segi belanja dapur, sewa rumah, pakaian dan makan semuanya mak tanggung. Sekali pun si mak tidak mengharapkan balasan namun si menantu tidak pernah nampak semua itu. Mak lah masak, mak lah basuh baju,serba serbi mak yang buat. Tidak cukup dengan itu. Si menantu makan pun tak basuh pinggan. Letak je dalam singki,buat makanan untuk anaknya pun langsung tak di basuh.
Apabila si mak bersuara, anak dan menantunya terus keluar dan makan di luar. Bila perbalahan mula terjadi,si anak dan menantu tarik muka. si mak nak bermain dengan cucu pun sanggup di larang.si menantu sanggup duduk di dalam bilik berkurung,semata-mata tak nak bagi anak dia bermain dengan mak.
Pernah 1 hari tu mak demam, jadi mak tak masak untuk tengahari. si anak dengan menantu pergi makan luar. Bila balik rumah,tak ada pun di bungkusnya makanan untuk mak. Hati mak mana yang tak sedih. Anak lelaki yang di jaga sampai dia berjaya lebih dengar cakap isteri berbanding mak.
Pernah juga mak ajak anak serta menantu belanja barang dapur. Sudah lah mereka tidak membayar, mak sedikit pun tak kisah tapi mereka seolah-olah mempergunakan mak. Apa saja yang mereka nak makan, mereka letak di troli. Sudahnya mak lah yang membayar.
Bila part mak buat kenduri arwah bapa. Si menantu cepat-cepat ajak si suaminya balik kampung dia. Semua persiapan dari segi kemas rumah dan memasak mak yang selesaikan sendiri dibantu oleh 2 orang anak perempuan mak.
Kini, anak lelaki mak dah ada gaji tetap serta pindah rumah pun langsung tak bagitau mak. Hati mak mana yang tidak terasa. Bila mak bersuara,si anak mula mengamuk dan si menantu pula seperti batu api. Mak makan hati. Kini apa yang mak selalu buat adalah menangis. Dari mata mak,Hati mak benar-benar terluka. Buat si anak lelaki mak. Sungguh pun kau sudah berkahwin,Percayalah Syurga mu di bawah tapak kaki mak. Sekian.-KRT
loading...

0 Response to "Ajak Mak Pergi Shopping, Beria-Ria Mak Seronok..Rupanya Ini Helah Anak Buat Mak Menangis... - "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close