PANAS!!!! Laki Baru Tau Isteri Mengandung 4 Bulan Rupanya Penagih Dadah Pagi Tadi... Itupun Lepas Kantoi Dengan Polis..

loading...
PANAS!!!! Laki Baru Tau Isteri Mengandung 4 Bulan Rupanya Penagih Dadah Pagi Tadi... Itupun Lepas Kantoi Dengan Polis..

Seorang ibu mengandung empat bulan antara 206 yang ditangkap dalam Op Sarang yang dijalankan Jabatan siasatan Jenayah Narkotik Pahang, hari ini.
Wanita berusia 32 tahun tersebut ditangkap ketika melakukan aktiviti penagihan di sebuah lokasi penagihan di Felda Jengka 19, dekat sini, jam 8 pagi tadi.
Beliau yang mempunyai empat anak berusia antara empat dan 11 tahun mengakui menagih dadah jenis heroin sejak berusia 18 tahun tanpa pengetahuan suami yang dikahwininya sejak 12 tahun lepas.
"Suami baru tahu saya penagih dadah pagi tadi selepas saya ditangkap. Saya tak tahu macam mana penerimaan dia tapi saya harap dia maafkan saya. Anak-anak sekarang dengan dia," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat berkata, operasi yang dijalankan dalam tiga fasa ini turut melibatkan Pasukan STING Bukit Aman dan bantuan dari Kontinjen Pahang Daerah Kuantan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang.
Menurutnya, tiga fasa tersebut meliputi tangkapan melalui Sekatan Jalan Raya (SJR), serbuan dari rumah ke rumah, pot-pot yang aktif di Daerah Maran serta dokumentasi interogasi.
"Daripada jumlah 206 orang yang ditangkap ini, 111 daripadanya adalah bagi kesalahan urin atau memasukkan dadah dalam badan. Empat orang ditangkap atas kesalahan mengedar; lapan orang atas kesalahan memiliki dadah; dan 83 lagi bagi kesalahan penagihan berulang.
"Turut dirampas adalah dadah jenis heroin berjumlah 50.08 gram; 11.23 gram syabu; 1.34 gram Erimin 5 dan satu periuk serta lapan bakul besar berisi daun dan juga air ketum. Setiap botol air ketul tersebut dipercayai dijual antara RM3 ke RM5 sebotol," katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media Op Sarang di Dewan IPK Maran di sini, petang semalam.
Hadir sama, Asistan Superintendan Mohamad Izzuddin Zulkifly dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang; Pemangku Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Pahang Zulkapli@Zulkipli Muhammad; Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintentan Mat Rizal Mat Radzi serta Ketua Pegawai AADK Daerah Maran, Adelina Abdul.
loading...

0 Response to "PANAS!!!! Laki Baru Tau Isteri Mengandung 4 Bulan Rupanya Penagih Dadah Pagi Tadi... Itupun Lepas Kantoi Dengan Polis.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close