loading...
Ramai yang mendakwa kononnya Sultan Johor tidak suka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Najib terlibat banyak skandal dan telah memecat anak jati Johor sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walau bagaimanapun, semua tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat jahat apabila Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), mendedahkan siapa sebenarnya yang tidak disukai Sultan Johor.
TMJ Dedahkan Siapa Sebenarnya Yang Tidak Disukai Sultan Johor |
Walau bagaimanapun, semua tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat jahat apabila Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), mendedahkan siapa sebenarnya yang tidak disukai Sultan Johor.
Menurut TMJ, beliau masih ingat sejarah hitam yang dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak akan sesekali melupakan sejarah itu.
TMJ berkata, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mahathir rakus dengan jawatannya sehingga sanggup melayani keluarga Sultan Johor seperti pendatang.
"Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.
"Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
"Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab," kata TMJ dalam posting di laman Facebook.
Ayat 'saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab' jelas menunjukkan TMJ tidak lupa kekejaman yang dilakukan Mahathir ketika itu, dan mahu menyedarkan orang ramai tentang lakonan Mahathir yang kini berpura-pura baik dengan rakyat.
Walaupun sejarah hitam masih terpahat didalam ingatan, TMJ bersyukur kepada Allah kerana hukum karma telah diturunkan terhadap pemimpin yang mengukir sejarah hitam kepada keluarga Johor.
"Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.
"Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.
"Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa, tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana kita dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. - AndyBolat/Utaranews.com
loading...
0 Response to "YA ALLAH DAULAT TUANKU..DASYAT BETUL PERLAKUAAN TUN MAHADIR..SANGGUT DIA BUAT PADA MAHKOTA JOHOR PADA TAHUN 1992..IBARAT MACAM PENDATANG"
Post a Comment