loading...
Tiba-tiba dia ajak aku keluar dating. Aku pun apa lagi. Tak tolak langsung.
Lagipun aku dah kenal dia lama dekat facebook. Muka cun melecun dan nampak baik je. Calon isteri pilihan katakan..
Aku ingatkan dia ikhlas nak berkawan. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu.
Ayat tak boleh lupa "Saya taknak duit awak saya nak hati awak". Lelaki mana tak cair dengar ayat ni dari awek cun..
One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu, Guna Gadis Cantik Rekrut Agen
Sebenarnya kisah ni dah lama. Masa aku baru-baru masuk belajar dekat Universiti. Zaman muda-muda dulu. Sebelum ni aku memang tak cerita kat umum pasal ni. Aku tanggung sorang diri.
Tapi disebabkan baru-baru ini kawan baik aku pun terkena macam aku terkena 4 tahun lepas jadi aku buka balik kisah ini.
Korang mesti tahu kan pasal MLM? MLM ni bukannya semua tak boleh pakai. Ada yang boleh pakai kalau bisnes tu fokus jual produk dan tak menipu aku pun sokong.
Kali ni aku nak cerita pasal satu bisnes MLM yang diberi nama One Community Worldwide. Dulu, aku terkena dengan seorang awek ni. Aku kenal dia dekat facebook. Dia selalu je chatting aku so aku layankan jelah sebab masa tu aku pun single. Takde orang nak jealous bagai.
Suatu hari tu tetiba awek ni ajak aku keluar lepak mamak. So aku pun ikutkan jelah sebab kedai mamak tu dekat je dengan kampus aku belajar. Dan nak dijadikan cerita awek tu pun satu kampus dengan tempat aku belajar.
Sampai je kedai mamak tu aku jumpa awek tu dengan sekumpulan geng-geng dia. Cuak jugak aku masa tu. Yelah…aku ingatkan dia ajak aku dating berdua je. Padahal ada udang disebalik batu. Aku dah agak dah ni mesti ada benda tak kena.
Dan bermulalah sesi cerita kisah yang tak perlu aku cerita panjang lagi. Pung pang pung pang cerita pasal MLM.
Sale Techniques:
- Belajar tinggi tinggi tidak berguna
- Mewujudkan persepsi bahawa orang tak ada harta adalah hina
- Overly friendly
- Dengan keras menafikan mereka ini bukan MLM tapi MBS iaitu Micro Macro Business System (MBS)
Masa tengah sembang-sembang lebat tu awek tu ada tegur seorang lelaki yang badannya agak sado. Katanya kawan satu sekolah dia dulu. So aku join sekali lah lepak dengan lelaki sado yang nama Mat tu. Sembang punya sembang dengan dia tetiba jadi ngam pulak pastu mintak contact dia. Mana tak ngamnya… budak satu kampung aku rupanya. Terus kawan dengan Si Mat sampai sekarang.
Ok. Aku sambung pasal cerita MLM tadi tu. Nak dijadikan cerita awek tadi tu dengan geng-geng MLM dia ajak aku dan Si Mat ni join diorang ke air terjun belakang Zoo Negara tu. Nama apa eh? Kalau tak silap aku Sungai Tengkala. Sampai je sana penuh dengan kumpulan MLM One Cummunity tu. Majoriti budak Universiti dan Kolej.
Tetiba geng diorang ni suruh ikut joget-joget lompat-lompat sambil sebut tagline diorang. Aku pun lupa dah apa kena sebut tu dulu. Aku pun ikut sekali lah sebut. Pastu kitorang mandi manda.
Nak dipendekkan cerita lepas mandi manda diorang ajak pergi HQ diorang dekat Sri Hartamas.
Sebelum masuk, aku kena isi form. Kononnya aku di belanja RM50 oleh awek tadi tu.
Dan masuk dalam bilik tu ramai orang. Terkejut gak aku, cakap spa. Tetiba je duduk atas kerusi. Kononnya spa elektrik.
Mula lah ada minah gemuk ni masuk, cakap macam motivasi punya kursus. Dan bagi talk pasal Elife.
Product agak bagus elife, memang bagus untuk kesihatan. Aku tak ada masalah pasal elife.
Aku agak ralat pasal Awek ni. Penipu memang cara yang bijak.
Lepas ja treatment tu, ada sidang sesi feedback. Aku tgok semuanya muda. Agak aku bawah 23 ke bawah kebanyakannya.
Semua fasi disitu agak ceria, macam tertelan pil kuda. Sorang-sorang ditanya feedback, macam doktor.
Tapi tak.. semua ikut skrip, atau di ajar sebegitu. MC tu bertanya pasal nama, umur, datang dengan siapa, rasa apa. MC suruh kita buat treatment 2 atau 3 kali.
Lepas je buat treatment dekat HQ tu diorang ajak lepak mamak. Lepak mamak, di hartamas. Semua yang terlibat pakai kemeja kemas, macam budak opis.
Yang pempuan baju kurung, yang formal pun ada. Semua kelihatan baik-baik, macam Imam muda dan ustazah pilihan.
Tak ada muka jahat , gangster, rempit , bohsia. Lepak mamak, si Arif sembang la pasal produk. Cakap umur 23 matang dan boleh berfikir.
Sesuai dalam bidang ni, Dia citer budak pempuan tu ada duit dalam 5 angka.
Dengar kejayaan semua yang dalam OCW. Cakap nak bantu family.
Diorang cakap pasal kesihatan siapa tak minat. Fikir mak ayah jugak. Product elife bantu diorang ngan aku skali.
Aku buat bodoh jelah. Cakap tak beminat lagi. Nanti lah aku fikir dulu.
Dan ayat paling aku tak boleh lupa dengan sorang mamat ni cakap kat aku. Tak malu ke datang buat treatment tadi tu perempuan belanja? Taknak datang sini balik guna duIt sendiri ke?
Aku tak peduli. Aku tahu dah tu memang taktik kotor diorang untuk buat aku tercabar dan masuk bisnes MLM diorang.
Aku rasa dah panjang sangat cerita aku ni. Rasanya dekat situ jelah kot cerita ni. Dan nak dijadikan cerita Si Mat yang jumpa kedai mamak tu sampai sekarang jadi kawan baik aku. Awek yang ajak aku join MLM tu tak tahu entah hidup ke tidak sekarang ni.
Ini versi cerita pasal pengalaman aku. Korang rasa korang nak baca tak kisah versi kawan aku ni? Lagi sadis Bro….Dahlah dia tu mengharapkan cinta dari seorang gadis yang ikhlas mencintai last-last….hampeh…. Kalau korang nak tahu sila komen kat bawah.
Sedikit info untuk company MLM ni.
Company:
- One Community Worldwide Sdn Bhd
- One Station Energize Station Sdn Bhd
Product: eLife
Kononnya: Membekalkan cas kepada “bioelectricity” dan kesannya ialah peredaran darah yang baik, metabolisma ditingkatkan dan perlindungan dari berbagai-bagai penyakit.
Harga: RM 31,250.
Scientific evidence: None
Target Customer dan Downline:
- Pelajar IPTA/IPTS
- Pekerja Kerajaan
Cara Promosi Produk: Mesin eLife iaitu ion energy yang memberi tenaga dengan cara penggunaan duduk diatas mesin berharga RM28K. Kononnya ia adalah satu teknologi rawatan yang dapat memulihkan kesemua sakit kritikal stroke dan lain lain.
Modus Operandi:
Step 1: Ajak pergi bowling dekat Times Square tapi sorang bayar RM10. Ajak main ice skating tapi bayar sendiri.
Step 2: Beli atau dibelanja baucer RM50 (belum cari downline)
Step 3: Jadi Happy Member RM250 (pangkat HM, belum cari downline)
Step 4: Jadi Independent Franchisor RM3400 (pangkat IF, belum cari downline)
Step 5: Jadi pangkat AF labur RM28000 (dapat produk mesin cpu elife)
Step 6: Dah labur RM28000 baru diarah cari 5 downline, kenapa kena labur RM28000 dulu? Sebab bila sendiri dah labur RM28000 mesti terpaksa cari downline sebab nak balik investment RM28000.
loading...
0 Response to "BACA KISAH BAGAIMANA AKU DI PERANGKAP OLEH GADIS CANTIK UNTUK JOIN BIZ INI"
Post a Comment