WAHAI WANITA-WANITA YG MENGUNAKAN LRT..SERUAN NIEE NAMPAK SERAM PULA..JIKA PERLU PASANGLAH EXTRA MATA KAT SEGALA BAHAGIAN BAHAYA ANGOTA YG SELALA LELAKI INI GOSOK..AWASSII LAH SEBELUM DI CEROBOH

loading...
Awas Wanita!! Lelaki Ini Suka Tunjuk Dan Gosok Kemaluannya Dalam LRT
SATU perkongsian seorang wanita menerusi laman Facebook memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang tidak pasti kerakyatannya ketika berada di dalam tren Putra LRT.
AwasWanita!! Lelaki Ini Suka Tunjuk Dan Gosok Kemaluannya Dalam LRT

Menurut Syima Mohammad, kejadian dikatakan berlaku sewaktu di dalam perjalanan dari perhentian stesen Universiti dekat Universiti Malaya menuju ke Bangsar, di ibu negara pada Selasa lalu.
“Wanita, sila berwaspada dengan lelaki gatal ini. Lelaki berbaju kelabu dan memakai cermin mata ini telah mengambil kesempatan terhadap saya.
“Lelaki ini telah menggosok kemaluannya pada saya dalam LRT. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat ingat muka lelaki ini.
“Dia cuba sorokkan wajahnya ketika saya cuba merakam gambarnya dalam LRT yang agak padat pada waktu itu,” katanya.
AwasWanita!! Lelaki Ini Suka Tunjuk Dan Gosok Kemaluannya Dalam LRT

Syima berkata, ekoran tindakan lelaki itu, dia menjerit dengan kuat dan memberi peringatan kepada penumpang wanita yang lain agar berhati-hati dan tidak berada dekat dengan lelaki terbabit.
Apa yang mengecewakan ialah tiada seorang pun individu yang tampil membantunya pada ketika itu meskipun dia menjerit berulang kali.
“Mungkin sesetengah orang fikir saya meroyan. Tetapi saya tak malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini.
“Saya bukannya berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi,” tegasnya.
Justeru, Syima meminta golongan wanita lebih berwaspada dan tidak mendiamkan diri apabila diperlakukan seperti itu.
loading...

0 Response to "WAHAI WANITA-WANITA YG MENGUNAKAN LRT..SERUAN NIEE NAMPAK SERAM PULA..JIKA PERLU PASANGLAH EXTRA MATA KAT SEGALA BAHAGIAN BAHAYA ANGOTA YG SELALA LELAKI INI GOSOK..AWASSII LAH SEBELUM DI CEROBOH"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close