loading...
Cerita seorang budak kampung Titi Teras, Balik Pulau untuk melihat dunia!
Sebelum itu, saya bukan nak belagak, bangga diri, tunjuk kekayaan, sekali lagi ulang bukan nak belagak, bangga diri, tunjuk kekayaan.
Sebelum itu, saya bukan nak belagak, bangga diri, tunjuk kekayaan, sekali lagi ulang bukan nak belagak, bangga diri, tunjuk kekayaan.
Alhamdulillah baru-baru ini di beri nikmat serta peluang untuk ke United Kingdom buat kali ke tiga untuk melaksanakan satu tugas khas disana. Hampir 2 tahun ke UK dan terbang dengan mengunakan Emirates membuatkan perasaan nak mencuba Business Class ni dah lama sangat dah.
Nak dijadikan cerita, tahun ini saya sekali lagi diberikan kepercayaan untuk ke sana bagi melaksanakan satu tugas khas. Ke UK aku datang lagi tahun ini dan tiba-tiba tengok tabung impian nak naik Business Class yang 3 tahun lalu menabung mulai penuh lalu di pecahkan untuk menjadikan ia sebuah realiti.
Harga tiket sepenuhnya di biayai oleh syarikat tapi saya terus minta untuk ke Business Class, so just topup sejumlah wang sahaja lagi (nangis teresak-esak).
Berapa harga boleh check terus di web Emirates kerana harga berbeza mengikut destinasi.
Kelebihan terbang dengan Business Class berbanding Economy Class
1. Masa nak check in tak perlu beratur panjang, terus saja ke Business Class line.
2. Luggage boleh check in hingga 40kg lebih 10kg dari ecomony class
3. Sebelum fly boleh ke Emirates Lounge, makan sampai kenyang
4. Lepak di Lounge dengan macam-macam fasiliti seperti makan & minum, toilet, shower, internet & PC, access ke Boarding Gate.
5. Bila nak beratur di security apa semua tu ada “Fast Line” so tak perlu beratur panjang sangat.
6. Masuk-masuk dalam kapal terbang ada welcome drink & kekacang.
7. Yang paling utama Business Class ada ruangan pribadi yang besar senang nak regangkan kaki apa semua, kerusi boleh adjustable, jadi katil bagai.
8. Paparan TV jugak adalah besar dan boleh di control sama ada touch screen, Ipad or remote control.
9. Air tak payah mintak, tepi kerusi bersusun dah dalam rak pilih saja apa yang kita mahu.
10. Jika nak charge apa segala bala semua boleh, pilih saja plug tepi kerusi tu.
11. Amenity Kits agak kelainan la, didatangkan khas bersama brand Bvlgari!
12. Menu tu ala-ala fine dinning, semua makan plated dan serve sempoi punya, jika lapar ja pangil saja stewardess dan order lagi apa mau.
13. Bila dah habis makan apa semua, time nak beradu nanti crew agak bawa comforter ala-ala toto gitew agak tidur lebih enak dibuai mimpi (mimpi macam mana nak cari duit balik ni ahhaa)
14. Bila tak boleh tidor, boleh lepak di SkyBar Lounge gitew, nak minum or light foods semua ada disana, nak selfie dengan crew ka apa semua boleh coz (depa yang ajak ahhaa)
15. Bila dah nak mendarat tinggalkan kapal, hanya senyuman manis dari semua crew itu saja.
16. Jika transit ke Dubai sekali lagi boleh ke Lounge tapi terasa kurang eksklusif kerana semua para penumpang Business Class berkumpul pada satu tempat yang sama.
17. Then bila menaiki penerbangan yang seterusnya, sekali lagi akan ulang experience dari no 4 – 15 diatas.
Kelebihan Business Class dari faktor perniagaan
1. Peluang untuk berjumpa dengan para ahli perniagaan lain yang mana mungkin menjadi prospek business di masa hadapan.
2. Membolehkan kita mewujudkan networking yang baik di kalangan penumpang.
3. Dengan fasiliti yang ada kita masih boleh berkerja dari kerusi kita sendiri.
4. Keselesaan serta lebih ruang untuk kita fly bagi destinasi yang jauh.
5. Membolehkan kita mengumpul lebih banyak Air miles Point dan berguna untuk pembelian tiket yang seterusnya.
6. Jika anda seorang yang setia dengan 1 airline sahaja, kemungkinan akan di upgrade Business Class ke First Class itu akan ada.
7. Complimentary airport transfer bila sebaik saja kita tiba ke destinasi.
Di sini saya kongsikan sikit gambar-gambar untuk tatapan hampa semua. Sekali lagi ulang bukan nak berlagak, bangga diri, tunjuk kekayaan.
Satu hari nanti bila hampa dok kerap travel pasti akan terdetik nak mencuba Business Class, insyallah tak salah nak berusaha keras dan memasang angan-angan.
Jadi seterusnya apa? Qatar Airline Business Class then Etihad Airline First Class. Kuat berangan.
loading...
0 Response to "Ini Yang Terjadi Bila Budak Kampung Seperti Saya Pertama Kali Naik ‘Business Class’ Emirates"
Post a Comment