loading...
GEMPAR!! Bayi Berusia 5 Hari Dilarikan Dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah....Perghhh...Gila Ke Apa PEREMPUAN Ni...!!!
MACAM MANA BOLEH TERLEPAS??
Seorang bayi perempuan berusia lima hari dilarikan satu pasangan suami isteri berusia 20-an dari Hospital Tanah Merah, malam tadi. Kehilangan bayi berkenaan disedari jam 9 malam selepas bapa bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, mahu melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.
Mohd Ihtisyamuddin berkata, dia terkejut sebaik tiba di hospital mendapati isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, menangis sambil memaklumkan anak mereka hilang.
"Saya terus mendapatkan pihak hospital untuk penjelasan lanjut sebelum mereka memaklumkan anak kami di bawa keluar oleh dua individu jam 6.47 petang.
"Saya kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata hasil pemeriksaan mereka mendapati bayi berkenaan dibawa ke Selising, Pasir Puteh dan berada di bawah jagaan sepasang suami isteri.
"Hasil bantuan polis Pasir Puteh, kita berjaya menyelamatkan bayi berkenaan dan menahan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.
"Kes culik berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh satu jam dan bayi dalam keadaan selamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.
beritaharianloading...
0 Response to "GEMPAR!! Bayi Berusia 5 Hari Dilarikan Dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah....Perghhh...Gila Ke Apa PEREMPUAN Ni...!!!"
Post a Comment