loading...
Dulu Aku Selalu Upload Gambar Dengan Suami Kat FB, Tak Sangka Perkara Ni Boleh Buat Kami BERCERAI BERAI…!!! | “Assalamualaikum admin, hide fb saya ye…Di sini saya nak meluahkan dan menceritakan kisah hidup saya. Tahun 2010 saya start kenal apa itu fb, saya selalu masuk gambar dalam fb dengan pakwe saya. Tahun 2011 kami kahwin. Masih lagi menunjuk-nunjuk gambar dalam fb, setiap apa yang saya buat saya update status. Setiap gambar saya pergi mana-mana, saya upload.
kami hidup bahagia selama 2 tahun lebih. Tahun 2013 datang, saya jadi benci giler dekat suami, suami pun sama, benci dengan saya. Bukan itu saje, saya benci juga family mertua tak tahu kenapa. Betapa seksa hidup saya ketika bergelar ibu tunggal masa tu dengan anak yang berumur 1 tahun lebih dan 4 bulan. Saya hampir nak bunuh diri.
Sebelum kejadian suami benci saya dan saya benci suami, saya pernah bermimpi ular hitam, pastu bunyi guli dalam jam 3 pagi, saya masak nasi jadi basi walaupun saya masak pagi dalam jam 8 pagi, jam 12 tengahhari dah basi. Saya bagitahu suami dan cakap mungkin sihir, tapi dia tak percaya sampai la kami bercerai berai. Kehidupan bergelar janda tak mudah tapi saya bahagia dengan anak-anak dan tak terfikir untuk cari lelaki lain kerana saya masih cintakan bekas suami. Bukan takde yang nakkan saya, ramai sangat sebab saya boleh dikatakan memiliki rupa paras yang cantik juga.
Selepas bercerai tu, tahun 2014, saya sakit. Saya pernah meracau time maghrib, saya tak boleh bernafas, saya tak boleh mengucap dua kalimah syahadah rasa nak mati. Selepas mak bagi air zam-zam, saya sedar dan dapat mengucap. Saya ingatkan lepas bercerai, saya dah tak sakit lagi, rupanya tahun 2015, saya kena lagi sihir. Saya sakit pinggang sampai ke bawah macam lumpuh. Betapa sakitnya ya Allah, selepas saya berubt saya sembuh.
Selepas 3 tahun berlalu, jodoh dengan bekas suami begitu kuat, saya nikah semula dengan bekas suami. Tak sampai setahun pun lagi nikah, saya di sihir lagi. Sihir ini buat saya sakit yang teramat sangat, saya sakit kepala setiap detik dan saat bagaikan nak pecah kepala saya. Tengkuk/leher saya pun sama ibarat saya dukung orang dewasa atas leher saya ni. Setiap maghrib saya macam org gila meraung, menangis tahan kesakitan. saya dah rasa macam nak mati sebab tak boleh nak tahan sakit ini. Saya percaya ini sihir kerana, saya pernah buat rawatan kat hospital dan makan ubat dos yang kuat tapi kepala saya masih lagi sakit dan saya juga buat ct scan.
Sekarang saya masih lagi berubat merata tempat untuk sembuh. Saya baru nak bahagia semula bersama bekas suami, tapi terjadi balik perkara yang dulu dan sekarang saya ada rasa benci pada suami macam 3 tahun yang dulu. Kenapa saya tak boleh bahagia macam orang lain??? saya asyik sakit sekarang ni. Merata tempat saya pergi berubat tapi tak serasi dengan saya. Setelah apa yang berlaku, gambar-gambar saya, saya tak pernah letak dalam fb mahu pun IG. Biarlah tak tunjuk kat orang kebahagiaan kita asalkan diri kita dan suami tahu kita bahagia kerana manusia sanggup buat apa saja kalau dengki. Mohon warga KRT doakan saya sembuh dan bahagia dengan suami saya buat kali ke 2 sehigga syurga
loading...
0 Response to "(VIRAL) Dulu Aku Selalu Upload Gambar Dengan Suami Kat FB, Tak Sangka Perkara Ni Boleh Buat Kami BERCERAI BERAI…!!!"
Post a Comment