Korbankan Nafsu Berkereta, Anda Mampu Buat Simpanan Hingga RM55K Dalam 3 Tahun Semangat untuk memulakan kehidupan baharu selepas tamat pengajian sudah semestinya dinanti-nantikan oleh semua graduan.

loading...



Kalau korang lepas grad dan baru kerja, elok tak payah beli kereta dulu. Gunakan duit tu untuk simpanan masa depan yang lebih memerlukan. Tak tahu macam mana nak susun strategi kewangan? Meh baca langkah-langkah yang ditulis dalam artikel ni, sangat lengkap dan mudah difahami semua. All the best :)


Inilah masanya yang ditunggu-tunggu setelah beberapa tahun melalui zaman universiti, dan sudah tiba masanya, untuk menggunakan segala ilmu yang ada dalam kerjaya yang diperoleh.
Namun begitu, setelah mula berkerja, dan memiliki wang sendiri, hasil dari penat lelah bekerja, kebanyakan graduan sudah mula rambang mata, dan tidak sabar untuk membelanjakan gaji mereka demi kepuasan diri.
Termasuklah, dalam membuat pembiayaan kereta baharu.
Tetapi, tindakan tergesa-gesa ini kadang kala akan memakan diri, lebih-lebih lagi dengan gaji permulaan yang tidak begitu tinggi, dan akan terikat dengan hutang untuk jangka masa panjang.
Ketahuilah, dengan menahan diri anda dari membeli kereta baharu, anda mampu memperoleh simpanan yang sangat banyak. Jom kita baca penulisan dari saudara Khairul Ezuwan, bagaimana cara untuk melakukannya.

Anda lelaki bujang ? baru start kerja? Mari dengar cerita dongeng Abang yang mungkin boleh merubah pemikiran anda. Sila baca sampai habis , Kalau tak menyesal nanti. Ini serius!!
Tak pelik kan bila anda yang bergaji RM2000 - RM2500 beli kereta Myvi baru malah ramai yang membelinya selepas mula bekerjaya. Myvi adalah jenis Kereta paling banyak di Malaysia.
Cuba kita ambil Myvi yang medium spec & macam biasa full loan, komitmen bulanannya lebih kurang RM600. Kita rasa mampu sebab bayaran bulanannya adalah RM600. Namun Kita lupa kos yang wajib ditanggung bila memiliki kereta ini:
1. Installment bulanan = RM600
2. Minyak = RM400
3. Purata Maintenance = RM100
4. Purata Insurance/Roadtax = RM100
5. Basuh kereta = tak nak kira
6. Tol = Tak nak kira
7. Accessories = tak nak kira
8. Bayar Parking = tak nak kira
Saya cuma nak ambil kos 1+2+3+4 , sebenarnya tanggungan anda untuk machine ini sebulan adalah RM1200 dengan mengabaikan kos 5+6+7+8. Kalau gaji anda RM2000, lepas ditolak EPF & lain-lain gaji bersih anda cuma RM1700 . Disebabkan ditolak kos wajib 1+2+3+4 .
Gaji bersih anda sebenar tinggal lagi RM500 sahaja. 
Kos tambahan pada 5+6+7+8 mungkin memakan kesemua gaji anda. Anda sebenarnya bekerja penat lelah untuk menanggung Kereta tersebut sahaja, perasan ataupon tidak? Inilah punca utama buat anda terus rasa tertekan.
Kalau anda mampu dengan kos RM1,200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Pakai jer motor masa belajar kat university dulu. Buat pembiayaan ASB 200K . Installment bulanan RM1,111.Buat target selama 3 tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk anda?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
I) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700
II) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800
Total simpanan tunai= RM55,500✔️
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Berbaloi tak korbankan kehendak pakai myvi tadi dalam tempoh 3 tahun, boleh ada simpanan RM55,500
Apa nak buat dengan duit ni?
Jangan gusar, waktu ini anda dah bina kebijaksanaan anda sendiri, anda pasti pandai aturkan sendiri kelak contohnya,
🔸Beli Kereta 2nd hand tunai
🔸deposit beli rumah
🔸berkahwin
🔸modal berniaga
🔸beli emas, masuk Saham dan lain-lain.
🔸Tidak masuk skim cepat kaya
🔸Tidak tempah banglo Alfafa & seumpamanya.
Kita risau takde awek pandang kita sebab takde kereta kan. Saya Bagi tips sikit teknik nak mengorat tanpa perlu pamerkan kehebatan anda berkereta dan cuma ada Honda EX5.
Nak mengorat awek mesti whatapps kan. Snap picture kat muka pertama buku ASB yang Ada Nama tu & bahagian akhir buku ASB yang menunjukkan baki RM55,500✔️ tu, buat-buat tersalah hantar kat awek tu.

Lelaki : "Ala sorry awak, tersalah tempat sent pulak. Nama awak dengan banker ni sama pulak, Maaf awak ".
Perempuan : "Awak buat apa bagi baki buku ASB kat banker tu" (mula-mula dia rasa curiga anda sengaja menunjuk ntah buku siapa)
Lelaki : "Saya sebenarnya tengah buat pembiayaan rumah, banker tu minta supporting document, saya tengah kelam kabut tadi, tersalah hantar pulak kat awak tadi. Nama dia sama pulak dengan awak yang saya save kat phone ni. Maaf sekali lagi ye."
Perempuan: "Awalnya beli rumah, bagusnya".
Lelaki : "saya dari awal bekerja memang nekad paksa buat simpanan , tu yang tak mau beli kereta dulu tu. Saya memang target nak beli rumah sebelum saya berkahwin sebab nak bagi kemudahan sedikit pada Bakal isteri saya nanti, Rumah sendiri senang nak hias kan. Awak suka Hias rumah tak?"
Perempuan: "Mestilah saya suka, saya perempuan kan".

Dah-dah , takkan mengayat pon nak kena ajar semua.
  1. * Pakai motor bukan dosa
  2. * Kalau anda nak juga pakai kereta dulu , pakailah . Saya tidak menghalang pon sebab itu mungkin keperluan anda.
  3. * Kewangan kita, kita aturkan sendiri
  4. * Yang senang kita, yang susah pon kita, maka pilihlah sendiri mana jalan yang anda berkenan.
Share jika bermanfaat ye, boleh ingatkan adik, sedara & rakan masing-masing . Yang bab mengayat tu kena buat personal coaching 
loading...

0 Response to "Korbankan Nafsu Berkereta, Anda Mampu Buat Simpanan Hingga RM55K Dalam 3 Tahun Semangat untuk memulakan kehidupan baharu selepas tamat pengajian sudah semestinya dinanti-nantikan oleh semua graduan."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close