TUDIA EHHH TERSENTAP JIWA WOOO..TAK PADAN DENGAN UMUR..CATWALK MACAM TERUNA MAMBANG..DASYAT PAKCIK NIE MAKANAN APA YG DI SUMBAT DLM PERUTNYA

loading...
Mengalahkan Model 'Sado',Atuk 80 Tahun Jadi Model 'Catwalk' - Lelaki - Gaya Hidup
Sumber Foto: Boredpanda


Seorang atuk berusia 80 tahun menjadi model pentas peragaan? Macam tak percaya sahaja.
Ya! Deshun Wang adalah seorang artis dan pelakon yang baru-baru ini muncul di atas pentas peragaan China Fashion Week.
Namanya menjadi mahsyur dalam sekelip mata dan bukan sahaja kelihatan hebat semasa mengatur langkah di atas pentas, malah dia juga berjaya memecahkan tradisi streotaip dunia fesyen.
Sumber Foto: huffingtonpost.co
Memetik kata-kata Deshun Wang, “Bukan kerana umur, tetapi di mana tahap pemikiran anda.”
Menariknya, dia tidak pernah menganggap dirinya adalah seorang yang tua sehingga diberi gelaran sebagai "Atuk Paling Seksi".
“Salah satu cara untuk mengetahui anda telah betul-betul tua atau tidak adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri sama ada. Anda berani mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup, iaitu perkara yang belum pernah anda lakukan sebelum ini atau pun tidak?”, katanya kepada New York Times.
Deshun juga suka berfikir secara positif di mana dia percaya setiap orang mampu mengubah nasib hidup mereka asalkan matlamat itu perlu disematkan dalam jiwa dan minda.
Bila ditanya bagaimana dia mampu mengekalkan bentuk tubuh serta kesihatan, jawapan yang diberi ialah dengan membaca banyak tips kesihatan dari buku dan berita. Selain itu dia tidak mengamalkan pengambilan alkohol terlalu banyak dan makan apa sahaja yang disukainya.
Pokoknya, teruskan usaha dan sebenarnya kita tidak pernah terlambat pun untuk melakukan apa-apa sahaja.
Atuk ini boleh dijadikan inspirasikan lelaki di luar sana yang sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk mencapai segala impian anda, kan? -CARI
loading...

0 Response to "TUDIA EHHH TERSENTAP JIWA WOOO..TAK PADAN DENGAN UMUR..CATWALK MACAM TERUNA MAMBANG..DASYAT PAKCIK NIE MAKANAN APA YG DI SUMBAT DLM PERUTNYA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close