“Aku nak pergi umrah la,” Anggota SPRM Yang Mendera Isteri Dengan Kejam September Lalu, Meroyan Di Mahkamah

loading...

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki mendera isterinya September lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengugut birasnya dengan sebilah parang panjang, September lalu.

“Aku nak pergi umrah la,” Anggota SPRM Yang Mendera Isteri Dengan Kejam September Lalu, Meroyan Di Mahkamah
“Aku nak pergi umrah la,” Anggota SPRM Yang Mendera Isteri Dengan Kejam September Lalu, Meroyan Di Mahkamah

Tertuduh, Muhammad Nazrin Abdullah, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Nazrin didakwa melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya, Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah beralamat Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira jam 7.10 pagi, 21 September.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan, pasport antarabangsa ditahan dan menetapkan 21 November ini untuk sebuatan semula.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melapor diri dua minggu sekali di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.
Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Harlina Mohd Aidil mengendalikan kes berkenaan.
Sementara itu, tertuduh tiba-tiba bertindak agresif apabila menjerit dan mengeluarkan perkataan kesat di kandang tertuduh sebaik majistret selesai memberikan perintah jaminan terhadapnya.
Dia yang tidak berpuas hati dengan perintah jaminan termasuk menahan pasport antarabangsanya menjerit menyatakan keputusan itu tidak adil terhadapnya kerana bercadang mengerjakan umrah pada 13 November ini.
loading...

0 Response to "“Aku nak pergi umrah la,” Anggota SPRM Yang Mendera Isteri Dengan Kejam September Lalu, Meroyan Di Mahkamah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close