loading...
Pakcik Berjanggut Nak Claim GIFT. Apa Yg Dibuat Kat Cashier Tu Buat Ramai MARAH !!! | Aku, hanya seorang graduan IPTA tetapi bukan UIA. Gadis yang sangat biasa, tinggal di celah perkampungan, bertubuh genit, berwajah separa cina separa jawa, berhias senyum lembut berciri keibuan tetapi beriak ketegasan serta keegoan. Mungkin sukar anda bayangkan.
Untuk memudahkan, bayangkan saja aku seperti watak Nelydia Senrose yg bermuka lembut dan mudah dikuis menggunakan hujung jari tetapi dalam konteks kecantikan sedikit kurang. Bertubuh genit seperti Nad Zainal. Betul terlihat sangat naif, lemah, dan kekampungan. Dan bayangkan pula aku memakai tshirt seragam seorang cashier pasaraya dengan wajah letih dan kelihatan seperti seorang gadis lepasan SPM yg sedang pasrah bekerja akibat kecundang dalam pelajaran. Serius kalau dalam drama telenovela boleh jadi heroin tapi dalam realiti kehidupan orang pandang dari tepi pun tak sudi.
Habis aku cuba memberi gambaran. Ya, itu lah aku suatu ketika dulu. Dan mungkin masih lagi seperti itu. Waktu itu aku belum menjejakkan kaki ke Universiti. Gigih bekerja untuk mencari duit saku bagi membayar yuran pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Hari itu, hari minggu yang mana pengunjung pasaraya berpusu berganda lebih daripada hari biasa. Dengan keluarga yang membeli barangan keperluan penuh satu troli tak terlepas juga yg mencecah dua troli penuh. Berbaris panjang hingga aku sendiri tak pasti dimana penghujung barisan. Scan setiap satu barang dengan teliti agar tiada kerosakan. Termasuk pakaian luar dalam pelanggan. Dan air beralkohol yg haram diteguk si Islam. Beristighfar dalam hati dengan senyum simpul melayan pelanggan.
Dan setiap kalinya aku berdoa supaya tak terjumpa orang yg kelihatan waras tapi kurang sifat common sense dalam diri. Bukan aku mengada, tapi realitinya setiap minggu aku akan bertegang urat berlawan antara ego dan peraturan dgn customer. Dan adakala aku memaki sistem dan peraturan dalam diam. Menyalahkan pihak pengurusan yg memberi kadar limit untuk barang jualan yg mempunyai promosi discount potongan harga yg dianggap berbaloi-baloi oleh pelanggan.
Kebiasaannya, ayat yg akan keluar dari mulut customer ” i ada duit. I boleh bayar lah”. Juga ayat “kenapa ada limit. Tempat lain i beli banyak boleh je?”. So why not dengan duit yang banyak dan berkepuk-kepuk tu u’all pergi beli dekat “tempat lain” tu. Tapi sayang, ucapan itu tersekat di kerongkong tanpa dapat aku lepaskan. Kadang manusia tamak ini sentiasa mencari fasal. Menggunakan kuasa duit bagi memonopoli kuasa pembelian rakyat marhaen kurang berkemampuan.
Betul kau firaun moden. Dengan berbekalkan konsep customer always right dalam perniagaan, aku masih cuba bersikap diplomatik. Memberi pilihan dan solusi kepada customer untuk memberi kemudahan. Adakala aku akan menyuruh customer yg mahu membeli barang yg mempunyai limit dgn cara bayar dan ulang beli. Dengan syarat jangan biar aku nampak dan jangan datang lagi ke kaunter aku. Susah untuk menyekat kuasa beli pelanggan. Ada duit semua jalan.
Malam itu, jam sudah menunjukkan hampir jam 10 malam. Sudah lebih 12 jam aku bekerja. Kaki semakin lenguh penangan kasut bertumit kerana mengikut peraturan pakaian bekerja dan kerja tidak dibenarkan duduk di kerusi. Dengan berdiri dan melayan customer yg tiada henti dari pagi. Biasalah diwaktu hujung minggu akan ada banyaknya promosi untuk menaikkan kadar pembelian barang oleh pelanggan.
Minggu itu terdapat gift berupa sepapan telur bagi customer yg berbelanja melebihi kadar nilai yg ditetapkan. Peraturannya sangat mudah difahami. Seorang customer dengan hanya satu resit pembelian. Dan satu resit untuk satu papan telur. Ditakdirkan aku menjaga bahagian gift redemption. Waktu itu pelanggan sudah hampir beransur kurang. Aku yang keletihan masih cuba senyum melayan pelanggan. Mereka memang menguji kesabaran walau kerja aku hanya melihat resit dan memberi sepapan telur.
Bayangkan, kau ada satu resit tapi nafsu bertekak mahu diberi dua papan. Umpama seorang wanita yg hanya dibolehkan benikah dengan seorang lelaki. Tapi mahu berlaki dua dalam satu masa. Janggal pula aku rasa perumpamaan yg aku guna ni. Namun begitulah itu keadaan yg boleh aku fikir untuk menggambarkan situasi. So i just show a big “NO” dan mengabaikan mimik muka customer yg menyampah dengan ketegasan ku. Dan aku tetap senyum, tapi senyuman lebih sinis daripada biasa. Senyum sinis sedikit membantu kerana wajah kesopanan dan keibuan aku ni selalu menjadi modal untuk customer menekan emosi.
Sampai kepada seorang pakcik berumur lingkungan 50an. Dari gaya luaran nampak seperti seorang intelektual dan berdompet tebal. Memakai jubah seakan kurta, berjanggut, membawa dua keping resit pembelian. Ah sudah! Nampak satu lagi ketegangan akan meletus. Aku buka kuda-kuda bicara, dengan memberi kata terhormat menerangkan peraturan. Tapi gagal, pakcik itu tetap mahukan dua papan telur kerana dia ada dua keping resit. Berbalas kata dengan pakcik itu saja memakan masa hingga pelanggan lain berbaris semakin panjang. Mungkin aku yg terlalu mengikut peraturan.
Betul, boleh saja aku memudahkan urusan dengan ikut saja kemahuan. Tapi, risikonya aku akan hadapi ketegangan lebih panjang bila pelanggan lain akan mula meminta layanan yg sama. Ditambah pula aku risau jika aku tak jujur dalam mengagihkan gift kepada customer, kelakuan aku akan diperhatikan. Mana taknya, cctv betul-betul atas kepala aku. Ini baru cctv dunia, belum lagi cctv nak dibawa ke mahkamah Allah. Jadi aku ambil keputusan untuk memberi sepapan telur sahaja dan meminta satu lagi resit ditebus oleh anak pakcik tersebut yg berada di kaunter hadapan.
Jarak yang memisahkan kaunter redemption dan kaunter anak pakcik tersebut berada kira-kira 7 kaunter di hadapan. Berang dengan ketegasan aku, pakcik tersebut terus memanggil anaknya dari jauh dengan laungan yg keras. “Siti !!! Datang sini !!! Budak “BAHLOL” ni menyusahkan aku”. Aku terkedu. Kaku tangan aku yang sedang memegang papan-papan telur. Satu perlakuan yg aku kira sangat mengaibkan. Menjatuhkan maruah aku. Semua customer yg berbaris merenung muka aku.
Tak termasuk rakan sekerja dan customer2 lain yg berada jauh di kaunter hadapan terkejut dengan jeritan tak bertamadun pakcik tersebut dan menfokuskan pandangan pada aku. “Kau ni memang tak boleh diajar la!”. Kuat suara pakcik tersebut menambah lagi sakit ditelinga aku. Anak pakcik tersebut tergesa-gesa datang kepada aku untuk menebus satu lagi papan telur, hanya diam mengikut arahan ayahnya. Pakcik tersebut masih memaki2 aku dengan seyum sinis, melihat aku dengan pandangan jelek.
Ya, benar aku gadis kelas bawahan yg bekerja kuli-kuli untuk mencari sedikit rezeki halal. Yang mungkin pada pandangan pakcik itu benar-benar gadis ber IQ lembam dan tiada masa depan. Bekerja hingga larut malam yg mana subjek Bahasa Melayu pun gagal sehingga tak faham kehendak pakcik tersebut. Malu aku bukan kepalang. Sedih aku . Selepas pakcik tersebut pergi, menitik juga air mata aku bila di malukan sebegitu di depan customer yg ramai.
Customer yg beratur panjang terdiam tak mampu memujuk aku. Takut-takut lelaki cina dihadapan aku hendak menyerahkan resit bila tengok muka aku yg bergenang air mata. Kuch kuch hota hei betul la menangis depan orang ramai.
Kalau kau lupa, aku ingatkan. Bila kau berada di atas, kau rasa sedikit nikmat rezeki Allah beri yg mana lebih dari orang lain, janganlah kau lupa diri. Bila kau lihat pekerja yg berstatus kuli-kuli yg pada mata kau mereka ini tiada masa depan dan tiada kesungguhan dalam hidup, janganlah kau berhasad dengki. Ramai rakan sekerja yg aku kenali, mereka memilih pekerjaan yg tidak dipandang tinggi bukan kerana mereka tak punya IQ dan matlamat tinggi.
Tapi dek kerana desakan hidup. Memikul tanggungjawab di bahu mereka yg mana mungkin kebanyakan orang berstatus tinggi tak pernah hadapi. Janganlah kau pandang rendah dan lempar pandangan jelek, kerana mereka berada dalam misi surviving dalam negara yg katanya demokrasi ini dengan tangan sendiri. Mengumpul syiling dengan setiap peluh yg mengalir untuk menampung cukai GST dan penarikan subsidi.
Kalau kau rasa RM1 itu bagai kertas tisu tandas hilang pun tak cari, tapi bagi mereka RM1 cukup untuk makan sehari sekali dengan roti canai kosong mamak. Dan ramai juga antara mereka yg bekerja kuli-kuli berlatarkan pemegang diploma, degree, master dan segala sifu. Jangan kau hina ketika mereka berada di aras ini, sebab aku yakin kau akan malu menutup muka andai 10 tahun kehadapan merekalah orang yang disegani. Mereka yakin rezeki mereka ada dengan cara bekerja di kelas bawahan, dan kau pula terlalu yakin rezeki kau akan terus di atas memperlekeh orang yang kurang. Beringatlah, bumi ni sfera. Aku takut ada yang tergelincir tak bangun- bangun.
Disini aku ingin mengingatkan, ” habluminallah habluminannas”. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, tapi menolak hubungan dengan manusia pun tak guna. Jaga hubungan sesama manusia ni besar konteksnya. Bukan cuma antara kau, keluarga, rakan-rakan. Mungkin dalam tak sedar kau mengguris hati orang-orang yg tak pernah kau kenali. Sedangkan terkentut dalam lift pun orang sakit hati. Inikan pula lidah yg lebih tajam dari batang lidi. Terima kasih readers.
loading...
0 Response to "Perghh !! Pakcik Berjanggut Nak Claim GIFT. Apa Yg Dibuat Kat Cashier Tu Buat Ramai MARAH !!!"
Post a Comment