loading...
MERINDING JUGA BAKK ANGGG
KUBANG PASU 29 Okt. – Selepas ‘Nasi Lemak Anak Dara’ kini ‘Nasi Bajet Cik Ah’ yang diusahakan seorang gadis dari Kodiang pula mendapat perhatian ramai dalam media sosial sejak Khamis lalu.
Kisah Cik Ah atau nama sebenarnya, Siti Nor Sabirah Md. Ali, 24, menjadi viral di laman sosial selepas rakannya, Zaty Khan menulis cerita mengenainya sebelum dikongsi lebih 10,000 daripada akaun Facebook Siakap Keli dan Pen Hitam Dot Com.
Siti Nor Sabirah berkata, dia sama sekali tidak berniat menumpang populariti pengusaha ‘Nasi Lemak Anak Dara’ tetapi apabila kisah dia berniaga sarapan nasi berlauk dengan lebih 12 lauk sehari dikongsikan dalam laman sosial, jualannya melonjak laris.
“Sebenarnya, saya meniaga sejak 2013 lagi selepas mengambil alih daripada kakak sulung. Kakak pula mengambil alih perniagaan ini daripada mak pada 2006 selepas mak sakit disebabkan penyakit kencing manis.
“Kiranya sudah tiga tahun saya mengusahakan perniagaan ini sendiri selepas kakak sulung mengambil keputusan berpindah ke Jitra. Sebelum ini, saya cuma tolong kakak membersihkan bahan mentah dan menjual sahaja, namun kini semuanya kena buat sendiri.
“Kiranya dari A hingga ke Z, saya buat sendiri tanpa dibantu sesiapa. Setiap hari kira-kira 12 lauk saya jual seperti ayam masak merah, sambal paru, sambal sotong dan ikan masak cili padi yang boleh dimakan bersama nasi putih atau kuning,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Siti Nor Sabirah, mengusahakan perniagaan sarapan nasi berlauk secara sendirian memerlukan dia mengatur masa bagi memastikan semua menu dapat disiapkan dan dijual seawal 8 pagi.
“Setiap hari, saya akan mula membuat persiapan memasak selepas habis berniaga kira-kira pukul 12 tengah hari. Masa itu, saya akan basuh pinggan yang digunakan serta menyiang dan membersihkan bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan.
“Selepas asar, baharu saya akan menumis dan memasak sambal. Bila sudah biasa, semuanya boleh disiapkan dalam tempoh dua jam, cuma pada pukul 3 pagi saya harus bangun untuk menyiapkan semua lauk dan memasak nasi.
“Selepas semuanya siap dimasak, saya akan pergi membuka gerai terlebih dahulu sebelum mengambil lauk-pauk dengan menggunakan kereta sorong yang mengambil masa kira-kira 15 minit dari rumah,” ujarnya yang berhasrat membuka kedai makan sendiri suatu hari nanti.
loading...
0 Response to "MERINDING JUGA AIR LIURR...!!! BAKK ANGGG SELEPAS NASI LEMAK ANAK DARA VIRAL..TIMBUL PULA NASI BAJET CIK AH "
Post a Comment