loading...
Sudah 16 tahun bergelumang dalam bidang perniagaan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengembangan empayar sehingga tahap sekarang membuatkan Sharifah Shareen Al Mashoor atau lebih dikenali sebagai Dato Cantik berada dalam kelas tersendiri.
Menjadi penghias kulit depan Majalah NONA..
Alhamdulilah, dalam edisi yang saya diberi kepercayaan sebagai Penghias Kulit Depan Majalah NONA ini anda akan dapat banyak info lanjut mengenai SUASO SKIN dan kisah hidup saya insyaAllah.
Ramai orang buat meniaga kosmetik sebab nak jadi kaya macam orang lain. Nawaitu dah salah makanya jalan jadi sukar.
Untung tinggi, mampu tanggung 500 orang anak.
Alhamdulilah dengan perniagaan sekarang, PMGIFT Sdn Bhd, PM Developement Sdn Bhd , PM Trading Sdn Bhd, our group turn over dah lebih 50juta setahun. Mungkin kecil bagi orang tertentu tapi alhamdulilah bagi saya as individual dan mampu menanggung 500 orang anak.
Kami dah established tahun ke 16tahun ini.
Nak cari HQ yang established bukan sebab pandai buat copywriting dik, tapi sebab ada Integrity dalam business.
Sebab tu banyak brand meletop , FB ads kuat kuat, habis jual stok tutup syarikat. Lantak la agen dengan stok.
Beza dengan our chain yang diberi kepercayaan oleh syarikat syarikat besar seperti PETRONAS, SHELL,SIME DARBY, MAS, SCHLUMBERGER dan banyak lagi. Kami tak buat projek kerajaan. Kami compete dalam industry Coporate.
Usahawan Baru Suka 'Show Off'
Founder Muda berlumba nak tunjuk hanbag, jam dan kereta.. dan letak story NAK beli rumah 1 ke 2 juta harganya. Tapi ada syarikat lain yang maybe aset hartanah dah 30 ke 40unit landed property.
Menjatuhkan orang tidak menjadikan kita lebih baik
Cuma taknak bangsa saya terus alpa dan mudah percaya. Kesihatan tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Bila anda baca majalah itu nanti anda akan faham apa maksud saya. Saya pernah terduduk bila Doktor bagitahu berita itu..Bagai nyawa melayang pergi.
loading...
0 Response to " 16 Tahun Dalam Dunia Perniagaan, Dato Cantik 'Sekolahkan' Usahawan Baru Nak Up Tapi Dah SHOW OFF !"
Post a Comment