Kisah di sebalik mayat tidak reput

loading...
Mereka telah menyorokkannya dibawah karpet yang dipenuhi habuk ,tetapi yang menakjubkan.
Subhanallah !darahnya masih....

As-syahid Zaid al Bawardi (Abu Usamah at-Tamimi) telah syahid 2 bulan yanng lepas selepas pertempuran deengan militan Alawi tetapi saudara daripada FSA tidak dapat mengeluarkan mayatnya kerana tempatnya masih dikawal oleh militan Alawi . 
Dua bulan selepas itu mereka berjaya membebaskan kawasan tersebut dan seorang daripada militan Assad yang ditahan telah menunjukkan kepada mujahidin diimana kubur As-syahid Zaid al-Bawardi.
Lihat buktinya, Allah Maha Benar akan Janjinya, jangan takut apabila kita berjuang di jalan Allah
Mereka telah menyorokkannya dibawah karpet yang dipenuhi habuk ,tetapi yang menakjubkan. 
Subhanallah !darahnya masih segar seperti dia baru saja syahid semalam dan baunya sangat wangi !


Kisah di sebalik mayat tidak reput

Penemuan-penemuan jenazah tidak reput di dalam kubur sewajarnya diambil iktibar oleh umat Islam dengan menjadikan kebaikan yang dilakukan si mati sebagai inspirasi.
Benar, ia merupakan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Berkehendak kepada hamba-Nya yang dikehendaki namun pasti setiap yang dijadikan Ilahi itu tidak sia-sia sebaliknya sarat dengan pengajaran.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan dua jenazah ditemui masih sempurna dalam kubur di Pontian, Johor. Salah seorangnya ialah seorang bekas ketua kampung yang semasa hayatnya sering beriktikaf di masjid dan suka menghabiskan waktu dengan membaca al-Quran.
Terdahulu, pada tahun 2013 di Segamat media melaporkan, dua jenazah yang meninggal dunia tujuh atau lapan tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna. Menurut waris mereka, kedua-duanya selalu membaca al-Quran dengan salah seorang daripada mereka seorang wanita yang mengajar al-Quran tanpa mengharapkan sebarang upah.
Kejadian yang sama juga pernah berlaku di Kangar, Perlis pada tahun 2009 apabila mayat seorang lelaki yang meninggal dunia 30 tahun lalu masih sempurna berkain kapan dengan kulit dan isi masih terlekat pada tulangnya. Difahamkan, hobi si mati ialah gemar beribadat.
Penceramah terkenal, Don Daniyal Biyajid berkata, kejadian-kejadian ini patut dijadikan inspirasi oleh umat Islam apabila kebanyakan kes melibatkan manusia yang melazimkan diri dengan al-Quran.
“Kejadian seperti ini bukan sahaja dilaporkan di Malaysia, bahkan juga di Mekah. Ia menunjukkan seolah-olah ada perlindungan atau karomah Allah kepada sesetengah mayat dengan memastikan ia elok dan tidak terusik.
“Berita seperti ini tidak seharusnya menjadi bahan sensasi semata-mata tetapi patut diambil pengajaran agar tubuh kita juga dilindungi dan dipelihara Allah di dalam kubur. Kebanyakan jenazah adalah melibatkan ahlil-Quran (seorang yang akrab dengan al-Quran) yang sering membacanya, mengajarnya atau menghafalnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Don Daniyal berkata, ia bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud bahawa bacalah al-Quran dan al-Quran akan datang menjadi pembantu atau teman kepadanya pada hari kiamat.
“Menjadi teman pada hari kiamat turut membawa maksud menjadi teman di dalam kubur. Perlindungan itu juga akan membuatkan tubuh kita tidak diapa-apakan haiwan dan sebagainya.
“Dalam hadis juga Rasullah menyebutkan bahawa sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah yang membaca al-Quran dan yang mengajarnya. Terbuktilah mereka lebih baik kerana jenazah mereka tidak reput, sedang yang lain reput.
“Al-Quran itu mukjizat dan kelebihannya hanya diperoleh dengan membacanya sebab itu namanya al-Quran (yang dibaca) bukan untuk disimpan dalam almari,” katanya.
Don Daniyal berkata, terdapat juga hadis Nabi yang menyebut golongan yang dilindungi mayatnya daripada reput dan ia bukan suatu yang mustahil kerana Allah sudah membuktikannya dalam peristiwa ashabul kahfi.
“Allah telah tidurkan sekumpulan pemuda selama 309 tahun tanpa perubahan apa pun pada diri mereka. Mereka masih dengan rupa yang sama dan pakaian yang sama,” katanya.
Sementara itu, penulis buku-buku Islamik, Muhammad Luqman Makhtar juga menyeru supaya kejadian seperti ini diambil pengajaran, bukan sekadar dikagumi.
“Dalam kitab sejarah Islam juga ada merakamkan peristiwa pada zaman Muawiyah Abu Sufyan. Madinah dilanda banjir dan semasa penanaman semula mayat-mayat, ajaib apabila didapati jenazah sahabat-sahabat Nabi yang mati syahid dalam peperangan Uhud kelihatan masih baik seperti baru ditanam semalam.
“Ia kuasa Allah. Namun, secara sunnatullah, semua mayat hancur. Jika berlaku perkara yang di luar kebiasaan ini, maka ia memberi isyarat mengandungi pengajaran,” katanya.
Bagaimanapun Muhammad Luqman mengingatkan, tidak semestinya kejadian mayat yang tidak reput ini dikaitkan kebaikan kerana terdapat juga dalam sejarah yang menunjukkan sebaliknya.
“Ia perlu dilihat mengikut kes. Maka selidik riwayat hidup empunya diri. Jika keadaan mayat tidak reput dikaitkan dengan amal baik semasa hidupnya jadikan inspirasi. Jika kisah hidupnya tidak baik, jadikan sempadan.
“Perlu juga dijelaskan, tidak semestinya juga mayat yang dilihat hancur itu bermakna orang itu tidak baik, Jika begitu, tidak baiklah saudara-saudara kita di Rohingya yang dibakar hidup-hidup sehingga hangus atau sahabat Nabi yang badannya hancur terkena 70 tetakan pedang dan tombak?,” katanya.
Muhammad Luqman menekankan, menjadi matlamat umat Islam untuk berdoa kepada Allah agar disembunyikan keaiban diri walaupun selepas mati.
“Pada masa hidup pun banyak keaiban diri kita Allah tutup. Bayangkan andai setiap dosa kita berbau, agak-agak apa bau badan kita? Tapi, ia tidak berlaku. Allah tutupinya.
“Maka kita berdoa selepas mati pun Allah tutup aib kita manakala kebaikan yang dibuka misalnya jenazah kita mudah dikendalikan, berbau harum dan sebagainya,” katanya.
loading...

0 Response to "Kisah di sebalik mayat tidak reput "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close