loading...
Pukau Penduduk China, Kanak-kanak 11 Tahun Kelahiran Taiping Ini Adalah "The Next Shila Amzah" ?
Oleh Syazwan Aizad.
Tidak dinafikan bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Malaysia, Shila Amzah yang telah mencipta kerjaya di persada seni tanah air dan telah melebarkan sayapnya sehingga ke persada antarabangsa, khususnya di negara China.
Kini, seorang lagi anak kelahiran Taiping, Perak, yang berusia 11 tahun ini boleh dikatakan "The Next Shila Amzah", kerana telah menarik perhatian juri dan penduduk di negara China dek kerana nyanyiannya yang memukau.
Adinda Tasya Mansor telah menyertai sebuah program pencarian bakat baru di China, "Let's Sing Kids" musim keempat, dimana Adinda telah menunjukkan bakatnya bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan merdu sekali.
Semua juri dalam pertandingan tersebut, Gary Chaw, Su Yunying dan Jacky Xue Zhiqian, inginkan Adinda menjadi anak didik mereka. Wow!
Adinda menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, 'Next Stop In The Future' di rancangan itu, yang mula bersiaran di saluran Hunan TV pada 2 Julai lalu.
Adinda has this unique voice ..i really like her whistle as well ... her voice touches our hearts deep down inside ..still can't stop replaying her performances especially this song and her latest performance , "I Surrender"Posted by Adinda Tasya Mansor Let's Sing Kids, China on Wednesday, September 14, 2016
Videonya dimuat naik ke laman YouTube Jacob Vocal Centre. Ia sudah ditonton hampir 400,000 kali dan menerima lebih 2338 'like', dengan ramai netizen meluahkan rasa teruja dan memujinya.
Adinda juga merupakan peserta Ceria Popstar tahun lalu, dan menamatkan pertandingan di tempat kelima.
Rujukan:
loading...
0 Response to "Pukau Penduduk China, Kanak-kanak 11 Tahun Kelahiran Taiping Ini Adalah "The Next Shila Amzah" ?"
Post a Comment